Cik Atenn Azlan//

JEMPUT BACA TIPS MAKEUP PERNIAGAAN INTERNET PRODUK KOSMETIK




Noor Fathin Bt Azlan
Cik Atenn Azlan
24 tahun
Married
Kelantan
Universiti Malaya





















15 Soalan Maut Untuk Pakwe Korang

Assalamualaikum . Hello Gadis-gadis Comel serta jejaka Hodoh.

Sekarang , bebudak dekat Universiti yang ambik degree asyik la duk meratap-ratap pasal test , esaimen , thesis dan sebagainya . Tu la , masa prof kau bagi awal awal kau buat apa ? Berjimba ? Dota ? Bukan nak siapkan awal-awal . Kan dah menggelabah abes , kata Aten sambil memaki maki dirinya sendiri . Aku punya gelabah lagi la dashyat . Esaimen ada 4 lagi tak siap ( kelip mata laju laju ) apehal ? Tolong siapkan please , mak pulak call duk buat suara meratap tanya bila nak balik kampung , persiapan nikah banyak tak siap lagi . Nak menikah lagi 14 hari . Tu la ten , ko nak menikah sangat time study week . Kepala bana kau , hadap la sorang sorang . Takpe takpe , mungkin sekarang rasa macam Maha neraka , tapi lepas ni study week aku macam syurga . Yess syurga syurga . *menari tiang . Dapat study dengan abangsayang . Haha. Gelak sorang sorang bila taip abangsayang , dia tak suka aku panggil dia abangsayang . HaHa . HaHaHa . *Lap airmata .

Ok , disebabkan nak final , plus kat Astro pula selalu aku tertengok siaran ulangan Romantika , Raikan Cinta bagai yang ala ala How To be Sweet Couple la sangat , aku terfikirkan sesuatu . Well , here is the idea . Korang nak tahu tak tahap sayang pakwes korang ni tahap apa ? Tahap mamat selenga ? Tahap OhMyKoreanBoy ? Tahap MyPrinceCharmingOhmagad ? Ataupun just a cool lover yang kacak macam ehem ehem Aku ? Terfikir tak ? Terfikir ? So , mari aku rangka 15 soalan yang kacak sesuai untuk ditanyakan kepada pakwes-pakwes korang di cuti sem nanti saat-saat korang dating sama-sama tu.


Bahagian A (5 Markah)

Di bahagian ini , soalan semuanya haruslah berkaitan dengan anda . Anda adalah subjek utama . Kita mahu tengok , pakwes-pakwes korang yang kununnya GilaBabi ambik berat pasal korang tu , tahu ke pasal korang ? Ataupun just a very good actor in front of you . Tapi , itukan bakat lelaki . Acting and romantic . What should i say ? And why you should deny about it ? Dan aku jamin , kat bahagian ni , kaum-kaum adam yang cool akan mula berpeluh jantan serta menerima cubitan-cubitan manja kerana kesalahan dalam cubaan meneka dengan tepat . Bukan mengingat . Meneka . Dan berikut adalah contoh-contoh soalan yang korang tanya , ianya relevan.

1.Tarikh lahir saya?

2.Warna kegemaran saya?

3.Makanan kegemaran saya?

4.Apa tabiat saya yang awak nampak?

5.Kereta kegemaran saya?


Bahagian B (5 Markah)

Ok fine . Pakwes kau fail gila pengetahuan dia tentang kau . Fine , fine . Bagi dia peluang . Bagi dia . Kat bahagian ini pula , ianya more on relationship korang dengan dia . Tanya pasal perhubungan . Tempoh , kenangan terindah dan semua-semua . Mungkin dekat bahagian A tadi , dia mungkin tak obses langsung dengan korang . Tak hingin pun . But , mungkin dia cintakan relationship korang yang korang rasakan sampai tahap OhMaGaddWeAreDeMostSweetestCoupleEvaaaa , its ok then . Dan berikut adalah beberapa contoh jawapan yaaaaaang aku cukup yakin pakwe korang akan banyak salah jugak . Kehkehkeh.

6.Pada hari apa kita secara rasmi menjalinkan hubungan istimewa?

7.Dah berapa tempat berbeza yang kita dah pernah pergi?

8.Nyatakan tajuk filem pertama yang kita tonton bersama di panggung wayang.

9.Dah berapa kali kita tengok wayang bersama?

10.Hadiah pertama yang saya bagi dekat awak?


Bahagian C (90%)

Aku tahu pakwes-pakwes korang kompom hilang banyak gila markah dekat soalan diatas bukan ? Aku pasti separuh pun tak lepas . Rilek-rilek . Sabar wahai puteri-puteri comel semua . Tak payah mengamuk sambil menggigit lengan pakwe masing-masing . Bukannya dia marah pun. Dekat bahagian C ni adalah ruang dimana pakwe korang mesti boleh score highmark . Why ? Coz di bahagian ini adalah dimana soalan-soalannya hanyalah ingin menguji tahap ke"romantik"an pakwes-pakwes korang tu . Jawapan mereka adalah bebas . Tapi , aku pasti menyusuk kalbu kalau dia romantis . Dah lebam-lebam lengan dia kau cubit pasal salah jawab sebelum ni , aku jamin lepas ni rasa nak ajak kahwin . Aku tak tahulah pakwes korang , tapi lelaki kan usually romantik . Ehem-ehem . Terutamanya EHEM EHEM aku yang memang romantik mutlak serta abadi .

11.Kenapa saya?

12.Andaikata berlaku satu rompakan , kita berdua sahaja di dalam bilik itu , si perompak memegang leher saya lalu berkata "Aku nak kau pilih , sama ada nyawa makwe kau ni , ataupun nyawa kau harus aku ambil . Cepat pilih sekarang!" Apa jawapan awak ?

13.Antara saya dengan Emma Maembong , siapa yang awak akan pilih dan kenapa saya ?

14.Saya cantik tak?

15.*Sambil mengeluarkan sekeping coklat bar, korang bertanya dekat pakwes korang ,
"I ada coklat . U nak ?"


Well-well , lets see on the total mark then . Puas hati ? Yeayy , tepuk tangan ea anak anak . What ? Tak seronok ? Jangan la assume pakwe korang dapat score 100% . Itu mengarut namanya . Mana ada manusia perfect . Dia macam impikan seorang putera raja datang cium kau tatkala kau tidur sampai tengah hari tak reti-reti nak bangun buat sarapan ke , kemas rumah ke . Comel betul la tu celik mata , dengan air liur meleleh dekat tepi bibir tahi mata bagai , masuk dapur mintak breakfast . Kaki ada la . Nak ? Tak pun kau macam impikan semua orang dalam dunia ini akan kagum tahap minta gigit leher dengan kecantikan kau tanpa kau menggunakan sebarang make up . Tanpa bersenam . Tanpa perangai yang senonoh . Tanpa semua itu .

Persoalannya , kau nak pakwes yang perfect yang bajet MyPrinceCharmingOhmagad , tapi kau agak agak la kan kau tu perfect tak ?  Aku ? Aku tak perfect pun , sebab aku manusia biasa dan bukannya MyPrincessCharmingOhmagad , haha amek kau . 

Aku dulu memang macam jantan sejati . Bercakap macam gangster yang angker kau tau tak ? Pastu kalau gelak kuat sikit mesti nak tepuk tepuk meja , nak teranjang orang sebelah bagai dan .............. Ok stop . Taknak buat review panjang panjang pasal aku , nati takde modal pulak nak menaip entry laen . Nati aku akan buat satu entry yang bertaraf Diva yang menceritakan perihal tentang diri aku dan siapa aku . Who Cik Atenn ? Siapa dia ? Dia tu sape ? Sebuah printer ke ? Kalau dia printer , dia jenama ape ? Hebat sangat ke dia ? Perfect ke budak tu ? Nanti kannnnnnn .



Aku tak perlu jadi perfect untuk dia . Cukup la aku adalah aku .Kalau aku tak perfect , takde maknanya dia nak kenal , ngorat aku dulu2 , sanggup datang dari Damansara ke Kerinchi semata mata nak jumpa aku , abeskan duit minyak kereta dan tol2 bagai.  Kiranya aku ni dah perfect la kan ? . -  Aten -


Salam sayang , Cik Atenn .