Cik Atenn Azlan//

JEMPUT BACA TIPS MAKEUP PERNIAGAAN INTERNET PRODUK KOSMETIK




Noor Fathin Bt Azlan
Cik Atenn Azlan
24 tahun
Married
Kelantan
Universiti Malaya





















Jangan Buat Mendealah ni kat Pakwe Korang

Assalamualaikum wahai jejaka jejaka hodoh dan awek awek lemah lagi comel . What's up ?

Well , indahnya dunia bila sudah ada kekasih hati . Kalau sebelum ni makan tengah hari sorang-sorang , sekarang dah ada pakwe tolong suapkan . Kalau sebelum ni rasa masya Allah lamanya tunggu bas sorang-sorang sekarang rasa eh ,  kuajaqnya bas ni muncul setiap lima saat pulak .

Kalau sebelum ni waktu malam habis kuat pun dapat bercakap dengan Compot , kucing jantan anda yang kalau anda cakap lebih je sikit mesti nak kencing tanda protes kat tepi katil anda , sekarang ni ada satu suara lembaga yang kalau malam tak dengar sekali, rasa nak menggeletek menggelupur atas katil . Rindu kononnya

Kalau sebelum ni topup RM5 tu boleh survive untuk dua bulan . Mak nak topupkan RM10, rasa nak marah tanya nak buat menda topup berbanyak macam tu ? Sekarang , lain macam . Mak topupkan seratus. Ayah topupkan seratus. Abang long topupkan seratus. Abang cik topupkan seratus. Scandal 1 topupkan seratus. Scandal 2 topupkan seratus. Anda sendiri topupkan diri anda seratus. Tu pun macam tak cukup je nak survive satu minggu.

Kalau sebelum ni kalau tertinggal handphone tu rasa biasa-biasa je. Macam eleh, handphone tinggal eleh. Sekarang kalau tinggal handphone SialSialSIalSialSialSialSial pergi dia sampai nampak balik handphone.

Rasa sweetkan ada pakwe ?
Tapi, tahukah anda ?

Dalam kita seronok-seronok rindu macam tu , dalam kita imagine imagine dapat nikah bersama macam tu , ada beberapa perkara yang JANGAN dilakukan pada pakwe anda yang terkini . Yang terdahulu terdahulu tu boleh pergi meninggal . Impak dia ? Boleh putus . Ha, takut tak ? Takut tak ?



1. Jangan cerita semula kisah cinta lama anda.

Satu benda yang paling boleh mendatangkan bulu* kepada kekasih hati anda adalah menceritakan balik kisah-kisah romantis anda bersama bekas kekasih anda nan lalu.

Ok la. Mungkin betul. Bekas pakwe kau yang sebelum ni adalah pakwe terbaik yang korang pernah hadapi. Yang paling kaya pun dia. Yang paling awesome pun dia. Yang paling handal main bola keranjang pun dia. I mean , he so perfect even the word perfect sound so wrong to describe him. Macam tu padu perfect dia.

But , your story with him dah lama habis. Sekarang ni , kekasih terkini anda mungkin tak sehebat dia. Mungkin tak seawesome dia. Tapi kena faham , dia kekasih anda. Yang terkini nak melayan kerenah anda yang lain macam tu. Minta nasi lemak kukus ayam berempah pukul 3 pagi misalnya. Tu lain macam la tu.

Plus , masa kau putus dengan kekasih terbaik kau tu , kenapa putus?

Kalau sebab korang yang minta , cuba imbas balik sebab apa korang putus. Well, that kind of boyfriend sound so good, nampak macam tak logik pulak korang saja-saja nak tinggalkan begitu sahaja kan ?

Kalau mereka yang minta putus , orang melayu sering berkata Pinggan tak retak, nasi tak dingin, orang taknak, yang kau dah kenapa menggeletek teringin. Eee, tak malunya. Orang dah taknak , sibuk lagi kata teringin teringin. Eeee.

Kesimpulannya , yang lepas biarkan lepas. Yang depan mata ni , jaga elok-elok. Tak payah nak buat flashback flashback bagai. Takdenya pakwe kau tepuk tangan dengan gaya kagum sambil berkata ;

“Wah, bagusnya dia. Saya beriltizam saya akan menjadi seperti dia. Kini , dia idola saya!”

Takde maknanya.


2. Jangan terlalu berkira tatkala bersama.

Baiklah . Anda bukanlah jenis orang yang ada banyak duit dalam poket . Bukannya bila tekak rasa lapar nak makan KFC , maka anda hanya perlu call dan dalam tempoh kurang dari 24 jam , lapan buah restoran KFC berstatus 5 bintang terbina depan rumah khas untuk menjamu anda . Bukanya jenis orang yang handphone Blackberry Z10 baru keluar, anda dah pun memiliki Z15 sambil berkata "Eh, apa barang Blackberry, allergic. I hanya menggunakan produk Apple sahaja okayh! Hatta, baju dalam I pun Apple tau . Eh, jenama dia la Apple ! Selamba badak je kata saiz dia yang serupa Apple". Bukan dan bukan.

Tapi , tak bermakna anda boleh senantiasa mengungkit pada kekasih anda tentang i don’t know, EVERYTHING.

Secara normanya , memang betul. Lelaki yang harus keluarkan perbelanjaan . Tapi , tidak salah rasanya bertimbang rasa.

Gunakan sistem gilir untuk lebih mudah . Contoh , pakwe korang dah keluar duit wayang, korang keluar duit popcorn. Pakwe korang dah belanja makan , korang keluar duit minyak. Kan nampak molek , cantik dan cool jika begitu ? Takde ruginya keluar duit sikit. Ni tidak. Makan duit pakwe. Wayang duit pakwe. Main bowling duit pakwe. Nak yak yak pun pau pakwe 30 posen. Perangai apa la anak dara ni.

Kecuali la masa anda tulis biodata , bahagian cita-cita tu korang tulis Pisau Cukur. Yang tu boleh ampun.


3. Jangan Mengungkit.

Ah, tak suka nak flashback flashback ni. Pakwe-pakwe lama semua macam stokin perangai dia. Menyampah nak cerita.

Ah, takde maknanya nak berkira. Bapak lemah gila saya sebagai seorang gadis mengharapkan semuanya pada ehsan seorang lelaki. I mean, perempuan pun kuat jugak okayh.

Ok , dah bagus dah tu. Tapi anda ni tahap mengungkitnya , masya Allah. Kalau kucing tu boleh bercakap , dah mencarut sambil meludah dah dekat muka anda  .

Mengungkit ni ada dua jenis perangai dia . Mengungkit kebaikan yang diri sendiri pernah buat. Dengan mengungkit kesalahan ataupun kesilapan yang pernah dilakukan oleh kekasih. Tak kisah mana satu pun , dua-dua tu pedih bila dia kena, kalau dia hanya mencarut panjang dalam hati tu kira habis penyabor la pakwe tu. Eloklah dijadikan calon menantu mak anda.

Oh,
Tahukah anda , dengan hanya mengungkit kebaikan yang pernah anda lakukan sahaja sudah mampu mengundang penumbuk dari pakwe yang jenis panas baran ? Tahukah ? Ini fakta .

Tak macam saya. Saya ni penyabar. Kalau saya lelaki dan ada kekasih kaki ungkit , saya akan senyum , usap kepala dia perlahan-lahan sambil berkata “Mesti mak awak selalu ungkit yang dia mengandungkan awak 9 bulan setiap kali awak degil kan?”

Ehh, penyabar la tu kan?



Ada pelbagai jenis JANGAN lagi sebenarnya yang jangan la gatal-gatal nak buat kalau taknak mengundang pertumpahan darah seperti bercinta dengan lelaki lain , makan comot buruk depan dia , gelak KAHKAHKAH sambil tepuk meja kuat-kuat depan pakwe dan rakan-rakan dia bila rakan pakwe buat lawak dan sebagainya. Tapi , 3 jenis JANGAN yang tertera di atas ini adalah yang paling common dan juga boleh dielakkan untuk dilakukan . Kiranya benda ni kalau terbuat sekali sekala takpe. Tak sengaja kata orang.

Dan juga, bagi aku secara peribadi , tatkala korang dah bersedia nak jadi makwe dia , maka seharusnya korang mesti imagine pakwe korang tu sebagai bakal suami kelak kan ? Kira korang ni bakal isteri dia . Gitu.

Ke arah bakal isteri yang terbaik dan berkebajikan gittew . Macam aku yang cun melecun olalala ni la ~ *menari tiang

Salam sayang , Cik Atenn