Cik Atenn Azlan//

JEMPUT BACA TIPS MAKEUP PERNIAGAAN INTERNET PRODUK KOSMETIK




Noor Fathin Bt Azlan
Cik Atenn Azlan
24 tahun
Married
Kelantan
Universiti Malaya





















Kalau Aku Lelaki : Awek Taksub OTP

Assalamualaikum . Malam ni aku nak share pasal awek yang taksub duk call pakwe dia 24 jam 24 kali , dan aku bermonolog dalam hati sorang sorang menjawab persoalan yang berada di minda kenapa lelaki tak suka bila awek dia selalu call dia dalam masa 24 jam sebanyak 24 kali .

"Eh , kau tak rimas ke kalau awek kau selalu call kau?"

Kata Si Adam : Well , actually tak sebenarnya. Coz, bila awek kau call kau setiap hari, bermakna dalam kepala dia , dalam ingatan dia , dalam hati dia besar kemungkinan cuma kau sorang saja yang duduk. Tak ke bangga tahap kembang hidung ? Dah boleh mula bajet kamu ini adalah lelaki yang paling hot didunia . Ayat perli kaum hawa .

Girl , please take note. Lelaki yang suka korang , tak kisah pun korang nak call dia . Faham ?

Kemudian,soalan bertukar;

"Bukan setiap hari. Maksud aku setiap jam. Atau should i say jika dunia ada 29 jam, maka haruslah dia menelefon kau sebanyak 35 kali. Suka tak?"

Tak . Aku rimas . Dia nak bunuh aku ke hape ?

Kau tahu mengapa ? Baiklah, kamu bayangkan lah hidup kita yang selama 24 jam itu bukan semata untuk tidur , makan dan call kita wahai gadis gadis yang berpakwe. Dorang ada life dorang jugak. Dorang ada hidup dorang jugak. Kalau student , dorang ada assignment nokhorrom susah tahap puaka siamang menanti dorang. Jika yang bekerja , dorang ada manager demadefaker tahu nak bang bang maki yang sedang menanti dorang . Jika yang penganggur, dorang ada....ada.....senang citer dorang ada hal.

Bayangkan jika dorang tengah meeting yang projek dia juta juta . Tengah baik punya kencing itu client suruh buat buaian dengan gelongsor taman permainan guna emas tulen, in sudden anda call. Kena berhentikan kejap meeting. Mana tahu anda semua nak pengsan. Mana tahu anda semua nak kena rogol. Mana tahu anda semua dalam kesusahan yang paling payah didunia. Mana tahuuu ? Mana tahuuuuu?

Kemudian , anda hanya berkata .

"Saja je call . Nak tanya khabar . Hihihi"




Kata Si Hawa : Mana la kitorang tahu korang ada meeting . Kalau tahu , mesti kitorang kaum hawa yang innocent lagi berhati kaca ini tidak menggangu anda semua wahai para para adam yang gagah sesangat ! Nyampah !

Ya , korang tak tahu. Kalau dah call setiap jam , still tak tahu ke ? Still ? Tak tahu ? Pehlizzzz.

Kata Si Hawa : Fine fine . Nanti kami call seminggu tiga kali , majuk ! Pastu mula la Kata ada jantan lain la . Kata dah jadi lesbian la . Kata dah tak cinta la . Macam macam la kaum adam ni, ngalahkan kita yang hawa ni tauuu !! Mencik laaa !!


Aku tak kata la pulak kalau sampai tahap seminggu tiga kali. Kamu semua ingat ni senaman sihat tubuh ideal ke hape ? Call la . Tak marah sangat pun. But , bersesuaian la jika boleh . Contoh macam pagi call sekali. Then petang pulak ke . Macam tu . Bukan kena setiap 60 minit this handphone must be ringing. Itu annoying. Serius , walau macam mana sayang pun , tetiap minit mahu himpit . Rimas awakkk . Rimas.


Kata Si Hawa : Oh, sekarang dah pandai dah nak rimas rimas . Dah pandai nak ringan ringan menyampah . Baru time kapel ni . Nanti time dah kahwin , mesti suruh buat kopi cakap pakai kaki jer . Suruh bukak tv, cakap pakai tangan. Taknak kapel dengan awak la camni . TAKNAK! FAHAM!!


Awak awak semua gadis kaum hawa yang bertitle makwe . Sila faham. Jika dah kahwin, ianya berbeza.

Cuba imagine , jika anda sedang memasak didapur , datang suami anda memeluk dari belakang sambil meletakkan dagunya dibahu anda dan bertanya dengan nada menggoda ,

"Sayang,masak apa hari ni?"

Then , korang jawab...

" Masak ayam jer."

Kemudian , kemudian , dorang jawab...

"Masak i la. Nak ? Lagi sedap taw sayang."

Dan , dan , korang pun.........di dapur itu jugak. Zzzzzzz .

Sorry aku tak dapat teruskan dengan detail , coz air liur aku meleleh tahap superb dah ni .

Ha ! Kaum Hawa ! Tak cukup best ke tu ? Tak cukup romantik tahap Korea ke ? Tak cukup kacak tahap lelaki engrishh ke ? Tak cukup ?That's why kita kadang kadang tak boleh comparekan lelaki ini sama sebelum dengan selepas kahwin . Biasanya akan berbeza . Tak banyak pun sikit . Maknanya , kalau lelaki tu romantik masa kapel , mungkin jadi makin romantik . Mungkin. Atau mungkin jadi makin bangsat . Who know's?

Tapi , petanda dia korang boleh nampak masa kapel . I mean, kamon lah. Kalau kapel sampai 7 tahun , takkan tak nampak buruk perangai dia tu .

Eh , wait , apa yang aku nak cerita actually ?

Oh, about calling.

So , jawapannya.... Time kapel nak call boleh . Kalau selalu, rimas. Tak call langsung, kena sumpah pulak . Aku tak paham dengan kaum Adam ni . Diakhir cerita boleh pulak aku buat buat tak paham kaum Adam , tadi beria ia buat paham jiwa sang lelaki . Adoi , parah . Actually aku saje je buat buat paham , padahal aku memang tak boleh nak paham dan aku saje nak perli kaum Adam dan aku jugak tak paham kenapa kaum Hawa ni beria ia sangat nak otp dengan pakwe , dorang takde life eh ? Aku lagi happy bersendirian , boleh layan facebook tanpa gangguan si dia dan boleh bersosial dengan bff dengan senang hati . Yang penting kena saling percaya dan kena ada kejujuran dan kesetiaan . Yang tu pasti . Haha .

Salam sayang Cik Atenn :)