Cik Atenn Azlan//

JEMPUT BACA TIPS MAKEUP PERNIAGAAN INTERNET PRODUK KOSMETIK




Noor Fathin Bt Azlan
Cik Atenn Azlan
24 tahun
Married
Kelantan
Universiti Malaya





















Tips Mengorat Lelaki Kacak

Assalamualaikum .

Jeles tahap siamang melihat kawan kawan perempuan anda ada kekasih yang kacak ?

Asyik mencium poster atau gambar lelaki lelaki hensem yang anda tangkap secara rahsia?

Terus menerus di"bahan" member kerana tiada kawan lelaki yang kacak ?


Sekarang , anda boleh menolak semua itu ketepi... Ya,KETEPI.. kerana dengan tips yang saya beri ini , tidak mustahil anda akan mendapat kawan lelaki yang kacak , malah , dengan semudah satu petikan jari , kawan kawan anda pula akan jeles meles dengan anda....

Ayuh kita ke tips tips ini semua . Tapi sebelum itu,
TIPS INI TIDAK BOLEH DIGUNAKAN PAKAI JIKA ANDA ADALAH ..
1.LELAKI
2.PEREMPUAN CUN
3.BERUMUR LEBIH 60 TAHUN
4.BUKAN MANUSIA


Mengapa anda tidak boleh ?? Teruskan membaca dibahagian bawah jika anda tergolong dalam golongan tersebut..

Mari kita mulakan..

Ok , tips yang nak saya kenalkan ini adalah Tips 4K... bermakna ada 4 step.. 4 easy step... Dan aku cakap awal awal , ianya takdelah 100% berkesan , jangan salah faham , ianya cuma untuk membantu korang mengenali. Heck , mana lagi elok , korang just suka dari jauh dari masa korang mula mula nampak dia sampai lah korang dah hujung hujung nyawa.. kunun2 cinta sejati la (pelish) . atau korang takde lah kapel tapi korang merupakan salah seorang kawan baik dia yang bila dia ada masalah , akan datang bercerita kat korang , malah segala baik buruk dia korang tahu tanpa jadi stalker , sila pilih .

Maka , jika anda memilih pilihan kedua , tahniah.. Anda setapak lagi untuk menjadi wanita cool.. Tanpa berlengah , ayuh kita mulakan..

Step 1:The First "K":KENAL

Tak kenal maka tak cinta , saya ulang , tak kenal maka tak cinta . Ada sebab kenapa orang tua dulu2 selalu cakap macam tu , sebab ada logiknya , takkan lah kita boleh nak bercinta , berkapel , berpimpin tangan dengan orang yang kita tak kenal , tak pernah lihat..  Bayangkan jika lelaki itu LANSUNG tak kenal korang dalam erti kata tak pernah langsung ada  sebarang connection dengan korang , ada ke peluang anda untuk menonton wayang , keluar outing , kena belanja makan , berada dalam list untuk keluar bersama dengan korang ?? Tidak sama sekali..

Maka , korang perlu "mengenalkan" diri korang terlebih dahulu dengan dia.. Bagaimana ? Disini ada dua cara  iaitu cara gadis yang COOL atau gadis yang UNCOOL..

Cara Gadis UNCOOL .
Terus jumpa berdepan , kenalkan diri..
"Hai nama saya Hawa. Saya berumur 18 tahun selalu lihat awak dari jauh awak hensem , kacak , bergaya.  Boleh saya jadi kawan awak malah berkapel dengan awak ?"

Dannnnn terus mengetahui keputusannya ......

Atau anda boleh guna cara alternative ini ..

Cara Gadis COOL .
Dah korang minat dia dari dulu , tipulah kalau korang takde stalker dia . Aku amek contoh kalau korang disekolah , try usha2 amende kelab kelab  yang dia masuk then , join sama.. Bila in the one club,try la amek jawatan apa apa yang boleh menyebabkan korang berhubung secara tidak langsung dengan dia.. Contoh yang paling baik adalah bendahari , dah tentu tentu korang kena jumpa dia , jadi,secara automatiknya , dia pasti akan kenal nama korang , ingat wajah korang , dan mungkin mempunyai nombor phone korang.. Nampak2 ? kalau sekelas lagilah mudah.. Selalu la tengok apa best subjek dia faham , mintak ajar . Pelan pelan , dia akan kenal korang .

Time proses nie ,
1.Sila jadi diri anda .
2.Jangan nampak anda betul betul tergilakan dia .
3.Tergedik gedik sambil cuit cuit dia adalah DISASTER!

Step 2:The Second "K": KAWAN

Bila dah saling kenal mengenal , maka peringkat seterusnya , cuba jadi kawan dia... Bukan maksud aku anda jumpa dia sambil berkata .

"Hai, saya Hana.. Kita dah kenal.. Sudi tak awak kawan dengan saya?" (sambil kelip kelip mata laju laju)

Tak.. tak perlu semua itu , proses ini terjadi secara automatik bila dia dah kenal korang . Kenal dari segi dah tahu nama , wajah dan mengapa korang ada depan mata dia . Settle , u are his friend .

Semasa diproses ini , anda sebenarnya berpeluang mengetahui dia nie jenis manusia macam mana , siapa kawan2 dia , makanan kegemaran dia , benda yang dia benci dan sebagainya.. Tapi ingat , anda ketahui semua ini bukan dengan cara menjadi wartawan bersama flash2 camera seperti disidang Akhbar.. Tidak sama sekali... Ianya diketahui bila anda sering hang-out dengan dia.. Cuba cari peluang untuk macam "lepak2"ing dengan dia , tengok wayang , tapi harus diingat...JANGAN BUAT MACAM ANDA TERGILA GILA KAT DIA , just act normal dan ianya sangat cool . Kalau depan dia , sila cool . Laen la kalau kat umah nak gelak gelak  sampai macam orang gila pun takpe . Nak menari nari terkinja kina macam beruk mak yeh pun still ok kerana terlampau gembira . Aku faham tapi , not in front of him .

Lelaki nie bila dia tahu bahwasanya anda berkawan dengan dia kerana anda meminati dia , dia akan cepat perasan yang dia market (walau hakikatnya , dia memang)  dan dia akan terus judge a book by its cover . Risau nanti korang butthurt jer . Dapat lelaki yang cool , best la korang  . Takde la kena butthurt . Dapat lelaki bertopengkan Ultraman , anda amat kesian .

Maka , "umur" perhubungan korang jadi pendek , so sad .. Kan dah sedih tu , tak dapat nak nyanyi lagu "Love story". Kan2 ?


Step 3:The Third "K":KARIB

Percaya cakap aku , dalam banyak banyak stage , stage nie la paling sukar , payah malah jika anda berjaya ke stage ini , anda dah boleh celebrate dengan kawan kawan sambil lari laju laju , seret kat padang macam baru score goal penting la kiranya . Sukar kot nak sampai stage nie .

Apakah "advantages" bila dah sampai peringkat ini ?
BANYAK !!
Korang boleh tahu rahsia yang korang tak tahu pasal dia .
Korang boleh tahu perangai buruk dia .
Saiz seluar dalam dia .
Ciri ciri isteri yang dijadikan idaman .
Masalah dalaman hubungan dia dengan GF dia .

sangat banyak jika mahu aku listkan , mungkin esok atau lusa takkan abes punya .

Bila dah peringkat nie , percaya la , kompom konpom dia akan selalu ingat kat korang . Saat dia susah senang apa semua , nama korang on top of the list . Kan advantages kaw tuu . Formula jadi mudah.  Bila ingat , jadi rindu , bila rindu jadi sayang , bila sayang , jadi ecececececeh . Perlu ke aku bagitahu ?

Pelan pelan kayuh aa . Pelan pelan kayuh .

Step Last:The Last "K":KAHWIN

Perlu ke aku explain panjang panjang ? Time dah kahwin pun nak aku cita lebih juga ke ? No need rasanya .

Cuma , bergantung pada jodoh , if ada , ada la..kan2 ?  Senyum laju laju cepat :)

TAMAT .
TIPS TAMBAHAN :

Emm , pasti ada yang tertanya2 , macamana kalau 1st step dah pain in the ass ? How ? Easy , maknanya,lelaki yang kau minat tu Grade 9 . Loser kaw kaw . Percaya cakap aku , korang nak ke kapel dengan Lelaki yang bajet giler2 ?? Dia fikir dia hot ?? Easy la cakap masa tengah sayang sayang cintan sangat sangat kat dia , kentut pun macam OneDrop perfume yang kaler merah jambu tu , esok2 ?? Jangan la nak memperjudikan nasib korang tu dengan lelaki Grade 9 . Macam menyiram air dalam tasik , tak nampak penambahan pun .

Berbalik ke tips extra seterusnya , kenapa golongan golongan  yang aku sebut nie takleh pakai tips nie yakni:

1.LELAKI
2.PEREMPUAN CUN
3.BERUMUR LEBIH 60 TAHUN
4.BUKAN MANUSIA

Meh aku terangkan dengan torchlight jenama bateri pasar malam nie .

Kenapa lelaki takleh pkai tips nie ? Sebab dia mudah , sila lihat tajuk , Tips untuk tackle lelaki kacak dengan cara halussss. Saya ulang.. Tips untuk tackle lelaki kacak dengan cara halussss  Maka , amatlah geli dan tidak berkesan langsung jika anda mengamalkan sebarang tips2 yang aku bagitahu nie , hatta anda gay , biseksual atau apa apa jer haramjadah alasan karut marut anda itu , simpan saja. Cuba jangan nak berebut dengan kaum kaum hawa . Korang  dah la sikit , dah tu ko gi rebut pulak dengan kaum kaum hawa . Please . Jadi perempuan yang banyak banyak nie apa gunanya ?

Kenapa Perempuan Cun takleh pakai tips nie ? Bapak la , korang masih perlukan lagi ke tips tips camnie ? Plus , korang punya step lagi simple aku cakap , just dua step . 1 cari target . 2 say I Love You . That its..semudah ABC 123 kan ? Percaya cakap aku , lelaki hampir semua hidung belang , kalau tetiba ada perempuan cun datang sembah lutut , sudah beristeri pun kata bujang , dah berumur pun kata baru abes sekolah . Itu fakta .

Kenapa Berumur lebih 60 tahun takleh pakai tips nie ? Mudah.. Tips yang aku bagi nie take time . Bergantung dan tak semua orang sama tempohnya . jadi , untuk apa anda membazir masa begitu sahaja ? Better use minyak dagu . Tips ini untuk remaja dan ianya enjoy .

Kenapa Bukan Manusia takleh pakai tips nie ? Harap faham............ianya sukar untuk berhasil .

Jadi,
Selamat mencuba..
Selamat berjuang..
Selamat selamat..
Selamat anjakan paradigma..

Salam sayang Cik Atenn .