Cik Atenn Azlan//

JEMPUT BACA TIPS MAKEUP PERNIAGAAN INTERNET PRODUK KOSMETIK




Noor Fathin Bt Azlan
Cik Atenn Azlan
24 tahun
Married
Kelantan
Universiti Malaya





















Aku dan World Cup

Aku faham sekarang ni musim demam World Cup dah pun bermula . Tapi beb , aku tak faham kenapa aku jadi mangsa kerakusan World Cup ni . Laki aku lebeh setia , lebeh cakna , lebeh syurga gila dekat World Cup berbanding aku . Aku sedeh tau . Apakah aku silap menikah di musim World Cup ? Oh no !

Semalam lepas aku penat study bagai , aku datang bertenggek sebelah dia . Time tu aku rasa aku comel sangat , dengan ikat rambut tak berapa nak ikat kemas sangat , rambut depan tutup dahi macam kumpulan Girl Generation beb , bibir still lagi merah menyala lepas dicalit dengan liptint bernombor 1 . Pewhhh . Aku tengok diri aku kat cermin pon rasa tergoda kot . Hoho . Tapi , tapi dan tetapi dia just banyak bercakap pasal bola , bola dan bola . ' Awak , tengok tuu .... Awak , tu player nama ... Awak , saya suka player tu pasal dia mulut busuk , tak hensem , tak cantik macam awak dan bla bla bla ... Awak .. Awak .. Awak dan awakkkkk '

Ok . Its so annoying untuk aku yang mane aku langsung taknak amek tahu pasal World Cup , sebab aku lebih nak tahu pasal dia , dia dan dia je . Kiranya nak bertaaruf la konon . Alorhh , nyampahnya kitaa .

So , aku nekad berlari merajuk dalam bilik . Tapi takde lari sangat pun , ko ingat dalam rumah ni ada pantai ke hape nak maen lari lari ?

Sunyii . Suara pengulas bola memecah kesunyian . Kau boleh diam tak bahlol ? Sesekali bunyi si dia mengeluh ' Ishh , ala tak gol ' , ' Haram jadah tak gol ! ' . 'Woi , kepalabana dia main bola ! ' dan bla bla . Rasakan . Padan muka tak gol . Wuhuuu . Tapi , makin merajuk pula aku dibuatnya .

Aku buat buat lalu lalang depan dia . Kejap kejap keluar bilik , kejap kejap masuk bilik . Kejap lagi keluar bilik lagi , pastu masuk bilik pulak . Aku pon dah sampai naik hantu buat drama petang camtu . Tapi sikit pun dia tak perasan aku merajuk . Aku merajuk takde sampai buat muka tenuk sarkis kepala dongga .Aku still mengekalkan konsep merajuk tahap palat gila babi , muka comel tetap kena ada . Jangan tunjuk muka haramjadah !

Aku geram nak pergi terkam dia , dan goncang goncangkan bahu dia sambil berkata ' Awak sedar tak yang awak dah ada bini yang sangat comel ? Sedar tak , sedar tak , sedar takkkk ? ' Ok , dia memang tak sedar .

Aku sedeh . Aku menangis sebab dianaktirikan dengan World Cup siamang . Ouh shit .

Dia datang .

Dalam hati ' Tu diaaa tu diaaa , dia mai dah oiii . Merajuk lagi , merajuk lagi . Come on ! '

Dia peluk dari belakang dan dia kiss pipi aku . Ohmaigodd , luluh hati kecilku . Terbayar juga aku merajuk bagai nak mati .

' Air ape ni aten ? ' 

Dia sentuh leher aku yang basah dengan airmata .

' Air ape ni ? '  

Geram pula aku nak jawab , ' Ni air zamzam la woii '

Sabar sabar . Kan tak mithali pulak aku .

Aku cepat cepat mengesat airmata , sambil buat buat tarik hinguss . Slurppppppp

' Tu air hingus saya , ada masalah ? '

' Euuwww , pengotorrrr . Awak ni pengotor ni la aten '

' Dah la , pergi la layan 'awek' awak tu , dia lagi comel , lagi cun , lagi mengancam dari saya ' 

Please cakap saya lagi comel dari CR7 awak tuuu . Please . Ok dia memang takkan cakap . Dan dia memang tak sanggup menduakan CR7 dia tu .

Sedeh . Sedeh .

Aku ni jenis orang yang bila aku dah sayang seseorang tu tahap sampai aku dah memuja dia dari segala galanya dan sampai tahap dah menghambakan diri aku pada dia sorang , aku just nak dia bagi perhatian sepenuhnya dekat aku sorang je . Aku tak boleh tau bila dia dah bagi perhatian kat bola berbanding aku , sebab aku tak tau nak start conversation gaduh dengan bola camne . Kang bila aku maki maki dekat bola , nampak pulak aku yang bodoh sorang sorang . Sian aku . Terpaksa berpuaka perasaan dengan World Cup .

Aku perati je World Cup ni , aku sabar sabar . Aku kalau dah marah sangat aku memang suka sepak menyepak ni . So , kau tunggu je hari pembalasan dari aku .

Salam geram + comel lagi tau . Atenn :)