Cik Atenn Azlan//

JEMPUT BACA TIPS MAKEUP PERNIAGAAN INTERNET PRODUK KOSMETIK




Noor Fathin Bt Azlan
Cik Atenn Azlan
24 tahun
Married
Kelantan
Universiti Malaya





















Lelaki dan Perempuan Tak Boleh Jadi Bestfriend !

Assalamualaikum



Lelaki dan perempuan tidak akan boleh menjadi kawan baik, selamanya, takut bercinta dan berkahwin - Shakespeare

Dulu aku ada tengok ada satu movie, tajuk aku tak ingat. Tapi yang paling pasti, dia menampilkan sebuah ideologi di mana lelaki dan perempuan boleh jadi best friend yang tahap dia boleh gelak-gelak sepak terajang.

Yang tahap dia boleh menganjing depan-depan muka tanpa ada sentap.

Yang tahap dia boleh bertepuk tampar cubit cubitan sengul sengulan tanpa ada rasa elektrik dalam sentuhan.

Yang tahap dia, bila ada masalah hatta dengan pakwe/makwe masing-masing, boleh jumpa borak tenangkan fikiran lantas memeluk dan membisikkan ke telinga “Everything gonna be fine”.

Dan semua ini berlaku tanpa ada sedikit pun sebuah perasaan yang kalau diguna secara betul boleh buat mimpi indah, kalau salah boleh rasa nak telan kicap dengan botol dia sekali sebanyak lapan karton.

Cinta.

Aku tergelak.

Bagi aku, perkara ini amatlah mustahil. I mean, kamon la.

Dia lelaki, kau perempuan.

Korang boleh je nak jadi kawan. Nak bersepak terajang bagai. Tapi nak jadi best friend?

No.

No No No No.

NO.

NOOOO !

Bagi aku, lelaki dan perempuan tidak langsung ditakdirkan untuk jadi best friend sahaja.

Aku pernah ada 3,4,5 orang bestfriend laki, dan tipis kegagalan dorang untuk tidak jatuh cinta dekat aku. Kesemuanya tergelincir dari kamus hidup 'bestfriend' pada asalnya. Gila tak jatuh cinta kalau dah tiap hari duk mengadap muka aku ni je, kalau dah ada masalah cari aku, kalau ada kredit lebih nak call mesej dengan aku, kalau ada free time je ajak lepak jumpa bagai dan bermacam jenis lagi. Ok, fullstop.

Idea nak jadi bestfriend ni sama jugak dengan idea abang-kakak-adik angkat ni. Korang nak bercinta dengan dia. Korang nak berkasih dengan dia. Korang nak kalau boleh dia jadi ayah/ibu kepada anak-anak kau kelak saat bersama dia. Tapi mungkin dia dah ada pasangan dia. Tapi mungkin korang sendiri dah ada pasangan sendiri. Tapi mungkin korang sedar yang tahap muka korang kalau ter’eksiden, sebelum orang nak bagi bantuan, bagi penumbuk dulu. Maka, aplikasikan adik-abang-kakak angkat. Hey, kau mungkin tak suka. Aku pun taknak la macam tu. Kau ingat aku lapaq sangat dengan hang ka? Hang ingat muka hang comei aku lapaq sangat la dekat hang? Takde maknanya! Tapi aku nak jadikan hang adik angkat aku pasai aku in love dengan hang. Tak jadi love, jadi abang-kakak angkat pun jadi la. Nampak halal sikit. Nampak peluang sikit.

Pffftt.

Nampak?

It‘s the same concept actually.

Kiranya Lelaki dan Perempuan memang lansung tak boleh jadi Best Friend la kan? Tak boleh nak BFFFFLapankaliF la kan? Sedihnya saya. Sedih sesedih sedihnya. Tunggu kejap ya, nak pergi terjun lombong sekejap.

Korang sebenarnya boleh jadi bestfriend.

Tahap bestfriend dia, bestfriend yang paling tulen sekali dalam dunia. Boleh berkongsi pendapat serta berbincang soal hati dan perasaan. Boleh wujudkan sesuatu yang istimewa hanya untuk merasa puas sekadar melihat senyuman terukir diwajahnya. Boleh.

Boleh bila korang sebenarnya pasangan kekasih.

Boleh bila korang sebenarnya suami dan isteri (itu lebih baik) macam aku. Kawan baiknya aku dengan laki aku sampai tahap bila aku ada air sembahyang dia acah acah nak sentuh aku, nak batalkan air sembahyang aku dan bila aku dah solat memang bagi penerajang cukup cukup , i mean kissing kissing, kamon laaa, takkan isteri mithali nak penerajang laki sendiri kot. Dan ada sampai tahap dia tarik aku yang sedang nyenyak tidur dibuai mimpi semata mata suh temankan dia tengok bola 3 pagi. Logik tak ? Thats why la, dia takleh nak pisah dengan aku dari zaman kitorang berkawan dulu. Satu kepala gila gila okeh.

Okeh. Sambung balik.

Sebab bila korang berkongsi hampir semua benda kepada si dia, hey. Dia suami aku. Dia isteri aku. Aku sayangkan dia. Dan aku perlu ambil tahu. Dan pada siapa lagi perlu aku kongsikan hanya pada dia. Kan lebih indah macam tu?

Sekurangnya, segala usaha yang dibina tidaklah sia-sia.

Tolonglah jangan bagitau aku, korang sanggup untuk drive lebih lapan jam dari Johor ke Pulau Pinang dengan sejumlah duit yang tak berapa ada atas faktor korang bekerja ofis boy biasa ataupun mungkin student biasa-biasa yang mengharapkan ehsan PTPTN yang korang dah start saving untuk setahun serta menghadiahkan kek yang paling istimewa, kek Red Velvet paling mahal tapi yang paling dia suka sambil menempahkan dua keping tiket konsert band kesayangannya untuk dinikmati bersama. Jerit lirik dia sama-sama dengan setiap liriknya kekal dalam ingatan sebab hari-hari menyanyikan lagu dari kumpulan yang pada mulanya lansung korang tak minat sebelum kenal si dia dan drive balik lebih lapan jam ke tempat tinggal dalam keadaan esoknya, kena bangun awal. Kena pergi kerja awal. Kerja banyak tangguh sebab planning tu kau dah buat enam bulan awal dan perancangan effect waktu kerja korang. Semua semua ini korang buat hanya sebab nak tengok senyuman kawan baik korang. Tolong la jangan cakap korang sanggup begitu.

Meminta seorang lelaki ataupun perempuan untuk sebuah persahabatan adalah tidak lain tidak bukan mengatakan I Love You secara berselindung - Wordsworth

Kalau korang kata sanggup, aku nasihatkan ambil masa sejam atau dua. Duduk dekat tempat lapang. Atas padang misalnya. Sambil baring tenangkan fikiran, bayangkan balik saat kau lihat wajahnya. Kenang balik saat korang bersama dengan dia. Ingatkan balik perasaannya. Adakah itu hanya perasaan dari seorang kawan baik? Ataupun ianya sebenarnya perasaan cinta?

Ianya ok dah ohsem sesangat andai kata bestfriend korang tu adalah kekasih korang. Bestfriend korang tu adalah pasangan hidup korang.

Tapi masalahnya, kadang-kadang ianya tidak macam tu.

Korang bukan suami isteri.

Korang bukan pasangan kekasih pun.

Tapi berlaghak rapatNakmati seolah-olah korang bestfriend yang takkan tewas dengan perasaan masing-masing. Cuba ingat balik masa memula sebelum korang mula jadi kawan. Apa niat korang masa tu ? Apa yang korang fikir time tu ? Sampaikan tiba-tiba hari ni, jadi best friend. Kawan yang terlampau baik sehinggakan mengaku “KONON”nya tiada perasan cinta antara kamu.

Percaya cakap aku, bila korang menjadi bestfriend yang macam ni, mesti ada hati yang sakit. Dan kalau bukan hati kau, sudah pasti hatinya. Mungkin saat mulut berkata tidak, tapi di dalam hati, siapa yang tahu?

Oh, yang pasal movie tu, kau nak tahu ending dia apa?

Bakal suami awek tu suruh dia kahwin dengan bestfriend dia. Ye la. Datang majlis kahwin yang kata kunun bestfriend, muka nak menangis sedih. Jadah apa.

Nampak tak ending kisah anda pula bagaimana?

Sekian.

Salam sayang ,