Cik Atenn Azlan//

JEMPUT BACA TIPS MAKEUP PERNIAGAAN INTERNET PRODUK KOSMETIK




Noor Fathin Bt Azlan
Cik Atenn Azlan
24 tahun
Married
Kelantan
Universiti Malaya





















Pengalaman Berkahwin Ketika Masih Belajar

Assalamualaikum

Aku berusia 23 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan ? Suami aku berusia 28 tahun. Juga masih muda dan tak tua lagi. Hehe. Aku masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin?

Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa ? Pasir ? ”

Dia bekerja biasa biasa saja. Malam pulak buat part time jadi rider Domino Pizza. Lepas kahwin pulak nak tinggal bersama duduk sebumbung dan dia perlu tanggung semua perbelanjaan pengajian aku selama mana aku masih bergelar student. 

Perjalanan cinta aku tidak mudah. Sebelum berkahwin, aku pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Aku bercinta hampir 4 tahun dan hubungan kami terputus di tengah jalan. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, aku mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar. Untuk 3 sem berturut turut aku mendapat result yang agak teruk disebabkan putus cinta. 

Tapi selepas itu baru aku sedar kehadiran suami aku yang sudah menunggu peluang dan dia insan yang tidak putus putus berdoa agar aku tiada jodoh dengan bekas kekasih aku. Hehe.



Pada mulanya, aku ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 8 bulan berkenalan, berkawan dan bercinta, suami aku melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, aku ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi mak dan ayah aku dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan aku lagi. 





Banyak kali dia ajak kahwin, tapi aku ingat dia main main.

Mak aku pun dahulu belajar ketika berkahwin; ketika mak aku mempunyai 4 orang anak perempuan yang sangat comel termasuk aku, dia dapat melanjutkan pengajian dalam bidang kejururawatan peringkat sijil selama 2 tahun. Jadi tak salah rasanya berkahwin ketika masih belajar asalkan ada kesungguhan dan mampu menggalas banyak tanggungjawab sebagai seorang isteri dan student.

Ayah dan mak aku juga bersetuju memandangkan aku sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Dan ada juga aku meletakkan sebab sebab kenapa aku sudah ingin berkahwin.

Kami bertunang hampir 6 bulan . Akhirnya, kami berkahwin.




Majlis kami biasa biasa saja, walaupun ada majlis bersanding, ada hantaran, ada photoshoot dan sebagainya tapi dalam standard biasa biasa saja kerana keseluruhan majlis perkahwinan 100% dibiayai kami berdua, tanpa perlu mengeluarkan duit ayah dan mak aku. Jadi jangan bebankan diri korang dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Selepas berkahwin, dia mahu aku hidup sebumbung dengannya. Tak perlu lagi aku duduk di rumah sewa bujang aku, katanya tak sanggup berpisah.  Dia sanggup hantarkan aku ke kuliah tiap pagi, ambil aku lepas habis kuliah.

Aku bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami aku tidak perlu takut aku diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Aku dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama. Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk korang. Aku dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta.

Aku mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri dengan melakukan bisnes online . Buat apa menyusahkan suami ? Dan suami berusaha bekerja bersungguh-sungguh, mencari sesuap nasi tak kira dari pagi hingga ke malam, Dia melakukan pelbagai pekerjaan. Pekerjaan utamanya sebagai supervisor bahagian perlesenan pengiklanan dan rider Domino pizza pada belah malamnya. Kadang kadang dia menolong rakannya dengan mengambil upah sebagai kuli angkut barang barang orang pindah rumah, pindah office, barangan butik pelamin dan sebagainya. Dan kerja harian yang dia selalu buat ialah dengan menjadi runner kepada syarikat yang ingin mendapatkan perkhidmatan bahagian perlesenan pengiklanan. Betapa bersungguhnya dia mencari rezeki hanya untuk menampung hidup kami berdua, walaupun tak mewah, tapi masih mampu lagi untuk meneruskan hidup seperti orang lain.

Pada suatu malam, ketika aku mahu tidur selepas penat menyiapkan nota nota kuliah, aku memandang muka suami aku, betapa penatnya yang aku dapat rasakan dari cara dia tidur. Penatnya hanya dia sorang saja yang menanggung. Hingga aku menitiskan airmata dan menitipkan doa agar Allah melindungi dia dan panjangkan umur suami aku. Aku sayang suami aku.

Daripada tiada apa apa, kami berusaha bergandingan bahu membina rumahtangga kami. Bila dia terlalu penat, dia meminjam bahu aku untuk bersandar. Dan bila aku terlalu penat, aku meminjam bahunya untuk bersandar. Alhamdulilah , rezeki tidak putus putus mencurah selepas berkahwin. Pada awalnya hanya menyewa bilik dan tinggal sebumbung bersama kawan-kawannya, akhirnya kami membuat keputusan untuk mencari rumah sendiri walaupun hanya sekadar rumah sewa saja.

Sedikit sedikit kami mengumpul duit untuk membeli perabot dan barangan rumah tanpa bantuan sesiapa. Semuanya dari keringat dan hasil titik peluh kami sendiri, dan memang terasa nikmatnya bila ini daripada hasil usaha kami berdua.





Tak mewah, tapi kami bersyukur.

Aku jujur cintakan suami aku. Aku tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan aku. Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada aku terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami korang. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan korang. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan. Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga korang semua merasa tenang dan bahagia.


Aku adalah mutiara dia, dia adalah syurga aku.

Aku tak mampu hidup sendiri tanpa dia disisi, begitu juga dia.



Salam sayang, atenn