Cik Atenn Azlan//

JEMPUT BACA TIPS MAKEUP PERNIAGAAN INTERNET PRODUK KOSMETIK




Noor Fathin Bt Azlan
Cik Atenn Azlan
24 tahun
Married
Kelantan
Universiti Malaya





















Resepi TomYam Ala Thai Kuah Pekat Plus Sedap Sangat Fevret Encik Suami

Assalamualaikum


Bawang merah takdeeeeee . Rumah sape ada bawang merah lebih ? Pinjam.


Amik kau tajuk sepanjang 6 depa tak mau kalah dengan kepanjangan hidung Mat Jijan.

Harini nak masak tomyam larhh. Tomyam kesukaan encik Suami tersayang ala mucuk mucuk. Mencik tauuu !. Libas rambut ,

Seriously, resepi ni tersangat laaa sedap. Kuahnya yang pekat lagi pedas lagi masam lagi perghhh perghh memang menyengat. Tiap kali aku buat tomyam, mesti dia duk main masuk dapur keluar dapur sebab tak sabar sabar nak makan. Bila dah siap je , dia terus terkam tomyam ratah ayam hirup kuah. Dia selalu cakap ' awesommmmmeeeeeee meh !'. Sedap la tu kan. Tapi memang sedap pun. Aku rasa tomyam ni paling sedap. Haha. Kalau tak caya boleh try. Kalau tak sedap, korang boleh maki mencarut aku secukup rasa, aku redha beb. 

Kadang kadang aku ni terlajak mencuba sangat, tu yang kadang resepi aku tak sama dengan orang. Korang takyah ragu ragu, korang try je. Tak salah pon. Dan aku guarantee ia sangat melazatkan , adabi menyelerakannnnnn . Rasa dia sejibik cam tomyam siam . Sedapp sungguh. Amboii ang ni aten tak abes abes duk memuji. Ang ni tera sungguh ka ? Ka ang duk main masak masak ? Choiii .

Bahan bahan :

1 paket perencah tomyam
1 kiub pati tomyam Maggi
1 kiub pati ayam Maggi
4 biji tomato
6/7 cili padi . Nak taruk lebih pon takpe. Tertakluk atas selera masing masing.
3 batang serai
4 daun limau purut
2 ulas bawang merah
2 biji bawang besar
Lengkuas atau halia
Bahan protein (ayam udang sotong dan letak ape je)
Bunga kubis
Carrot
Gula
Ajinomoto
Perencah Secukup rasa
Gula

Cara cara :

First korang kisarkan 2 ulas bawang merah, 1 btg serai, 1 1/2 tomato, 3 cili padi. Hal ini untuk memekatkan kuah sekaligus nak kuah tu rasa masam dan pedas secukup rasa.

Masukkan air untuk kuah

Masukkan bahan kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam

Masukkan carrot

Agak agak carrot dah empuk, masukkan lebihan cili, serai yg dititik, halia/lengkuas yg dihiris, bawang besar, gula, garam. pati ayam, pati tomyam, perencah secukup rasa. Nak lagi sedap letak 2 sudu sos cili dan 2 sudu sos tiram. Confirm sedap meletup.

Bila dah mendidih boleh masukkan ayam udang sotong, bunga kubis, tomato dan daun limau purut.

Rasa rasa la sikit, bila dah umphhhh, tutup api. Dan makannnnn. Yeayyy !

Salam sayang, Atenn :)