Cik Atenn Azlan//

JEMPUT BACA TIPS MAKEUP PERNIAGAAN INTERNET PRODUK KOSMETIK




Noor Fathin Bt Azlan
Cik Atenn Azlan
24 tahun
Married
Kelantan
Universiti Malaya





















3 Sebab Kenapa Korang (Lelaki) Masih Single

Assalamualaikum

Hai gadis-gadis comel yang still single dan guys, what’s up?

Well, adat perasaan manusia itu sendiri yang tidak suka berseorangan dalam tempoh yang amat lama dan mahukan seseorang disisi tanpa mengira siapa tapi paling indah kalau dianya pasangan hidup kita yang kita tahu saat kita mahu mmenghembus nafas terakhir, dia ada disisi kita bersama dan bersedih saat kita pergi meninggalkannya. Orang yang akan mendengar segala cerita kita sama ada benar atau karut. Tapi kebanyakkannya karut. Orang yang sentiasa bersedia membantu kita sama ada waktu kita senang atau susah. Tapi kebanyakkannya susah. Dan perasaan ada seseorang yang bersedia untuk semua itu ternyata memberikan suatu perasaan yang melegakan. Dan,percaya atau tidak, semakin kita menginjak dewasa, perasaan kita hendak mempunyai pasangan akan terus meningkat ke tahap paling optimum dalam tubuh.

So, bila usia kau dah masuk 20-an, aku pasti kau akan alami benda yang sama dengan aku iaitu,

Kahwin.

Manusia dan kahwin ada dimana-mana. Kalau dulu orang update gambar pergi majlis kahwin, kini dialah majlisnya. Dialah yang akan menunggang kuda di malam persandingannya. Dia lah yang akan dibahan oleh saudara-saudara nakalnya bila dah hari kedua. Dia itu adalah rakan anda.

Dan ianya dimana-mana. Kalau dulu create event, nama event adalah Reunion. Itu dah rasa habis cool dah.

Sekarang event yang diinvite,

Majlis perkahwin......

No,no,no. Itu sangat kampung dan tidak kemodenan.

Walimatul Urus.

It’s sound better.

Well dalam keadaan persekitaran yang begini, tidakkah anda mahukan sekurang-kurangnya seorang calon yang boleh anda bawakan kepada ibu-bapa korang sambil berkata,

“Hai mak, ayah. Ni Nana. Calon menantu mak. Dan juga bukti yang saya tidak gay.”

Taknak ke?

Ok, fine. Anda faham kepentingan mempunyai satu calon yang boleh dijadikan pasangan hidup. Tapi anda still single. Kenapa aku single tanya kau pada diri kau sendiri ?

Aku kacak! (Kata kau)
Aku macho! (Kata kau)

Tapi walau macam mana kata-kata pujian yang kau berikan pada diri sendiri, kau harus sedar akan suatu pekara bahawa kau takkan mampu untuk menandingi Amer. Ehem. Ehem -_- dia paksa aku tulis nama dia 

Oh by the way.

Dibawah ini aku ada listkan beberapa faktor mengapa anda masih lagi single sedangkan anda market, kacak dan awesome bagi anda. Let’s go through satu persatu dan muhasabah diri, “Adakah aku begitu”. Jom!

Before further explaination, aku nak bagitau, for those yang bajet-bajet kata ;

“Oh, aku single kerana aku menungggu jodoh aku yang sebenar yang sesuai jadikan isteri. Plus, berpasangan itu haram”

First sekali, bila berpasangan tak semestinya couple. Boleh jadi marriage atau bahasa melayunya berkahwin.

2nd, kalau kau tak kisah kau single, kau takkan jumpa pun entry ni. Faham ke tidak naluri bajet islamic kau tu ? Faham ?

Secara ringkasnya, kalau kau kata macam tu, sekarang ni kau tengah baca blog kereta mayat ataupun i luv Islam. Bukan blog ni. Plus, kau pun tahu suppose apa yang aku tulis dekat sini sekadar bacaan ringan yang tak perlu di ambil serius.

Ok, let’s go then!



1. Keselekehan Tahap Keoptimuman.

Anda kacak berkacuk Korea + English + Japan + Teddy Bear = Anda. Anda jalan ke mana-mana, semua mata pasti tertumpu dengan anda. Mungkin pernah satu ketika anda pernah alami situasi di mana anda sedang melepak dengan singlet seluar pendek rambut serabai tak mandi bajet cool dekat kedai mamak sambil hisap rokok dengan member, ada entah budak mana datang-datang minta autograf dan tanda tangan sambil mengatakan anda adalah artis filem Aksi dekat TV3 minggu lepas.

Itu semua antara tanda anda hotstuff. But why still single?

Kita patah balik through scene shall we?

Anda kacak berkacuk Korea + English + Japan + Teddy Bear = Anda. Anda jalan ke mana-mana, semua mata pasti tertumpu dengan anda. Mungkin pernah satu ketika anda pernah alami situasi dimana anda sedang melepak dengan singlet seluar pendek rambut serabai tak mandi bajet cool dekat WOPP!!WOOP!!! Dah terlepas. Tapi anda dah nampak bukan? Belum? Takpe. Patah balik lagi sekali.

Mungkin pernah satu ketika anda pernah alami situasi di mana anda sedang melepak dengan singlet seluar pendek rambut serabai tak mandi bajet cool dekat kedai mamak.

Ya. Itulah.

Aku tak tahulah korang, tapi aku jamin 80, eh bukan,  90% perempuan dekat muka bumi ni, salah satu ciri-ciri suami idamannya adalah kemas. Dan aku pasti selekeh tak mandi memang pasti bukan salah satu ciri suami idaman. Aku rasa ciri tu, calon suami yang dijauhkan, itu munasabah.

So, pergi mandi.



Kadang, sebabkan kehijaun rumput, lupa pulak nak mandi - Roy Green Hudson



2. KeseriusanKemaksimuman.

Ini bukan macam cerita anime, makin serius wajah anda, makin digilai ramai. Salah-salah dan salah.

Aku nampak kalau kau tiada rupa, tiada harta, at least kalau kau boleh buat orang ketawa dengan jenaka kau, aku rasa tak mustahil yang gadis itu akan selesa dengan kau. Bila sudah selesa, jangan tunggu lama. Perlahan-lahan la buka langkah semua yang ada.

Diingatkan bahawa gadis itu sebenarnya mahu ketawa BERSAMA dengan anda. Bukan ketawakan anda. Kalau dia ketawakan anda, anda dah boleh start consider nak pergi interview jadi badut ataupun sekarang Raja Lawak peserta dia dah kurang Ummmm Shiro Virus . Mungkin boleh try cuba nasib dekat sana.

Bagi aku, kalau kau serius sepanjang masa pun, bukan sesuatu yang baik. Tak semua gadis yang sukakan seorang lelaki yang sentiasa serius hatta menceritakan sesuatu yang sulit nak diceritakan. Contoh macam kehidupan seharian diorang. Kau fikir apa bila aku cakap sulit ?
Plus, sekarang perempuan tak mencari sangat pun pada rupa.

Ok, aku tipu. Rupa tu still ada. Tapi rupa bukan yang terutama.

Maaf. Rupa still 1st priority.

Sense of humor?

But atleast gadis gadis tak suka yang serius sepanjang masa right? Anggaplah itu good news.



3. KeHigh ExpectationMan Dan KeHigh KetasteAn.

Well, mungkin dulu korang main sapu rata je. Pantang ada entah perempuan mana datang serah tubuh serah diri nak minta couple, korang layankan aje. Endup, tu yang dapat pengalaman bukan-bukan seperti kena kacau seumur hidup, di"stalk" tanpa mengira waktu, dan sering meninggalkan kisah-kisah kenangan bersama di wall untuk semua orang baca walhal kisah tu dah lapan tahun berlalu.

Ataupun mungkin anda tak pernah lagi kapel. Ada je datang nak serah err, diri kata nak kapel dengan anda nak sehidup semati. Tapi korang cerewet. Korang ada list korang sendiri tentang ciri-ciri gadis yang anda akan kapel sekaligus hingga ke jinjang pelamin. Ciri-ciri tu pulak anda sering ceritakan bila setiap kali ada perempuan-perempuan yang nak cuba nasib dengan bertanya,

"Eh, kau ni single je. Taknak couple ke?"

Dengan macho, korang pun jawab,

"Aku bukan apa. Aku nak tunggu gadis yang......"

Tanpa sedar dengan menciptakan list-list fantasi anda itu, ianya akan menimbulkan bukan sedikit perasaan gerun pada gadis-gadis yang cuba untuk mendekati anda.

Well, tak salah pun punya impian. Tapi, ye la kan. Nama pun impian. Bila kita dapat gadis yang menghampiri ciri itu, rasanya tidak salah berikan peluang. Betul tak?

So, buangkan muka sikap high expectation anda




Setenang air di pantai, kau mana tahu kau tu kaki swimming pool ke tak. Entah kenal tidak muara pantai dengan laut tu - Mark Anderson Brown


Forever Alone. A word that once sound so kesian dan kasihan kini dah jadi satu bahan jenaka. I mean kamonla. Muka market tahap Pavillion. Wajah ada iras-iras Korea, badan ketul six pack, mengaku forever alone. Bullshit.

Yang gadis-gadis pulak, kalau anda kata anda forever alone, tapi anda ada 17 ribu follower twitter, 23 ribu follower blog dan ada lapan akaun facebook, that’s not what it call as forever alone. Tolong fahami dan kasihani kepada mereka yang benar-benar memerlukan term forever alone agar mampu untuk meraih simpati mereka-mereka yang dicintai oleh si forever alone.

Sila hormati terma Forever Alone itu.

Anda mampu untuk mengubahnya.

Oh, untuk yang masih single tu, 

Gudluck!

Salam sayang , atenn ,