Cik Atenn Azlan//

JEMPUT BACA TIPS MAKEUP PERNIAGAAN INTERNET PRODUK KOSMETIK




Noor Fathin Bt Azlan
Cik Atenn Azlan
24 tahun
Married
Kelantan
Universiti Malaya





















Bagaikan Jerung Jatuh Cinta dengan Ikan Duyung

Assalamualaikum

Aii , dah lama sangat kan aku tak update blog ni , tapi takde sampai tahap bersarang lelabah lagi kot. Aku tahu semua orang pakat duk rindu nak baca coretan aku pada kali ni kan ? So, harini aku ada satu coretan yang tak berapa nak merapu sangat untuk menjadi santapan pembacaan buat korang semua. Haha. Macam biasa la bila blogger yang memegang title bini ni memang tak lepas akan bercerita pasal hal rumah tangga. Tapi , harus diingatkan jangan sampai aibkan suami like as menceritakan keburukan dan kekurangan suami kitaa. Ish ish , tak elok tuuu . No no no. Aten tak suka tu .

Ok. Sejak menyejak aku jadi bini si Amer ni , aku tak lekang bercerita hal rumah tangga , suami isteri bagai. Bukan taknak bercerita pasal kemesraan orang bercouple ni, tapi seolah olah aku mengajak orang suruh makin makin bercouple lagi, padahal kebahagiaan tu sebenarnya terletak atas tiket perkahwinan. Dah halal bukan ? Betulkan saya jika salah .

Yang duk bercouple , yang sedang bertunang , yang tengah berscandal semua , maafkan saya andainya takde satu pon post mengenai hubungan korang semua .

Sekarang ni bila aku dah menginjak masuk ke alam perkahwinan , aku lebih suka membaca dan mengkaji mengenai ' bagaimana untuk mendapatkan rumah tangga yang bahagia' , ' kenapa ada perceraian ', ' tips bahagiakan suami ', ' kenapa rumah tangga tak bahagia ' , ' apa yang suami suka dan apa yang suami tak suka ' dan macam macam lagi. Dan itulah aku pada hari ini yang mana lebih banyak melepak membaca kisah kisah orang di blog dan membaca buku soal jawab mengenai hal rumah tangga, dan aku jadikan semua tu sebagai teladan dan pengajaran pada masa akan datang.

Maafkan aku kalau selama ini korang kurang selesa dengan post dan etry aku pasal suami isteri ni, aku bukan nak menunjuk nunjuk yang perkahwinan ni suatu perkara paling bahagia. Dan bukan aku sorang je yang memegang title bini ni , aku rasa berjuta orang kot. So, berjuta bini pasti sedang berbahagia sekarang. Dan aku rasa ramai lagi orang lebih bahagia dari aku. Contohnya ada yang sedang memandu kereta idaman aku, sedangkan aku masih lagi masih mengharap. Ada yang tinggal di kondo , sedangkan aku hanya tinggal di flat buruk je. Ada yang mampu makan makanan lazat , padahal aku makan makanan biasa biasa je. Ada yang sedang bahagia ada duit ribu ribu juta juta, aku paling pun sampai ratus ratus je. Ada yang sedang bahagia duk dodoikan anak, main dengan anak anak , upload gambar anak yg comel comel , aku pulak hanya mampu mengosok perut kosong saje.

See ? Semua orang sedang gembira .

Cuma niat aku untuk bagitau kat semua orang yang perkahwinan tu bukan suatu perkara yang menakutkan dan mengerikan seperti yang digembar gemburkan oleh orang ramai. Kebanyakan yang takut dengan perkahwinan ni , tak lain tak bukan sebab takut nak setia. Tu je.

Aku memang seorang insan yang suka menyebarkan kasih sayang kepada semua orang.

Macam suami aku ni si Amer , nak dijadikan cerita masa kami bercinta, dia tak pernah nak pegang tangan aku , nak peluk pinggang aku masa berjalan memang tak lah , tak pernah mitak nak kiss aku. Ok sorry kalau macam 'ayat berzina' gitu. Dulu aku agak mungkin dia tak suka nak pegang pegang aku sebab aku dengan dia tak halal lagi. Tapi kadang tu aku pun pelik kenapa dia langsung macam taknak pegang tangan aku . Tu la perempuan , terlajak kurang akalnya, kalau laki sentuh cakap nak amik kesempatan, tapi kalau tak disentuh cakap macam orang taknak macam orang tak sayang. Buahaha. Pernah la jugak kitorang bergaduh , tapi dia cakap , ' nati dah kahwin saya akan sentuh awak '. Kadang tu aku main tarik je tangan dia , pegang tangan ala ala sweet couple time keluar berjalan. Tapi kejap jela, lepas tu dia mitak suruh lepaskan tangan dia balik . Aku ? Malu gila kot. Pernah banyak kali aku terpikir yang si Amer ni 'jantan sejati' ke tak ? Atau mungkin gay ?

Pernah sekali aku tempik kat dia masa bergaduh , aku cakap ' Awak ni gay ke ape sampai langsung tak teringin kat saya ?!!'

Bodoh tak aku ? Perempuan -_-

Ok. Takpe. Aku suka permainan macam gini . Makin sombong laki tu , makin aku suka. Hahaa.

Bila dah kahwin , mesti la dah ada sesi sentuh menyentuh la kan ? Alhamdulilah , dia bukan gay seperti yang disangkakan. Laki I lelaki sejati u. Auuu .

Tapi satu je yang aku perasan yang suami aku ni tak romantik , dia tak pandai mempamerkan kasih sayang dalam kata kata mahupun perlakuan.

Yang dia tahu bila dia sayang aku , dia bagi duit suruh aku shopping , sebab dia tahu aku kaki shopping. Elehh .

Pernah sekali aku ajak dia berbincang dengan aku . Aku tanya ' kenapa awak tak romantik ? ' , Romantik dia macam gini yang aku nak , belai rambut aku , tarik pipi aku , peluk aku dengan tiba tiba , kiss pipi aku tiba tiba dan macam macam lagi. Eh terangsang pulak bila taip peluk dengan kiss ni. Haha.

Pernah sekali mak mertua aku call aku . Bergayut punya gayut sampai patah dahan , mak mertua aku cakap ' Amer tu memang tak reti nak tunjuk kasih sayang. Sebab ayah tak pernah tunjuk kasih sayang depan anak anak. Amer tu memang jenis panas baran. Aten kena sabar je kalau time dia mengamuk. Jangan lawan cakap dia. Kejap je dia marah. Tapi Amer pandai melawak. Haha ' . Mak mertua aku gelak. Comel sangat.

Haaa , anak mak memang pandai buat lawak , terbaik gini haaa mak . (y) Maaf dalam blog tak jadi thumb up,

Ok. Takpe takpe . Dia memang dah tak silap pilih aku jadi bini dia, sebab aku ni memang tergolong dalam golongan perempuan paling romantik sedunia. Muahahaha. Dia tak pandai nak pamerkan kasih sayang , haa ni dia aku sanggup jadi cikgu tuisyen untuk dia seumur hidup free of charge .

Sejak dari hari tu , aku mula hias rumah biar nampak lebih romantik. Aku rasa aku dah berhabis hampir beribu ribu kat Ikea semata mata nak hias rumah supaya nampak lebih romantik. Kalau ikutkan dia , tv dengan sofa pun dah cukup dah. Tapi disebabkan aku nak sifat romantik tu diserap masuk ke dalam jiwa dia , aku sanggup berhabiskan duit aku. Aku beli pasu , bunga , lilin wangi , lampu romantik. Aku beli comforter yang sangat comel , warna yang romantik , kalau ikutkan dia selimut zaman bujang dia pun dah cukup dah. Aku tukar sarung kusyen sofa , aku beli kain kat Ikea, aku jahit sendiri dengan penuh kasih sayang , kalau ikutkan dia sarung kusyen yang entah ape ape dah cukup dah. Aku beli 2,3 ketul bantal yang letak kat sofa yang sangat cantik , kalau ikutkan dia bantal yang penuh dengan air liur basi pun dah cukup dah buat peluk time tengok tv. Aku beli frame gambar besar besar , gambar yang sedap mata memandang , tampal kat dinding cantik cantik , kalau ikutkan dia tengok je dinding kosong pun dah cukup dah.

Kat dapur. Semua pinggan mangkuk zaman bujang dia aku buang , aku beli pinggan yang nampak lebih romantik kat Ikea , colour putih. Semua pinggan mangkuk dan cawan serta gelas aku akan beli colour putih kosong , nampak lebih romatik. Bagi aku la. Aku beli magnet peti , hias peti letak kata kata indah kat situ. Banyak aku berhabis duit kat dapur semata mata biar dia rasa lebih romantik bila masak sama sama. Kalau ikutkan dia , peti ais dengan dapur pun dah cukup dah.

Aish, ni la jiwa orang yang tak romantik .

Dan bagi aku , back up yang paling baik untuk nampak lebih romantik bila adanya Febreze Downy , sembur kat sofa , langsir , aku sembur satu rumah , wangi gila baq angggggg .Feeling romantik gila gila. Rasa nak joget joget je bila bau keharuman dia tu.

Aku takde la sampai ajar dia cara cara nak jadi romantik sampai tahap macam gini ' Haa awak , bila awak nampak saya duk masak kat dapur sorang sorang , awak datang slow slow macam gini haaaa tunjuk pulak cara datang slow slow tu pastu awak peluk saya dari belakang dengan romantiknyaa ' Takde la sampai tahap terdesak macam gitu. Cukup la biar dia belajar dari perlakuan dan cara hidup aku yang sihat ni yang penuh dengan kasih sayang dan sifat sifat romantik ini. Muahaha.

Alhamdulilah , dia dah romantik dah sekarang , tapi sedikit jela. Aku tetap bersyukur , tak sia sia kot. Sekarang kalau dia nak pergi kerja dah pandai nak kiss kiss pipi aku dah, kalau dulu salam tangan dan aku lambai tangan kat celah tingkap, then dia jerit ' tutup tingkap, tarik langsir ' , taknak laki lain nampak kelibat bini dia dalam rumah. Dalam rumah kan pakai seksi seksa sikit . Haha.

Dah la penat pulak aku nak menaip panjang panjang , takat sini sudah la ea .

Nota kaki : Aku dengan dia plan nak balik Perlis hujung minggu ni pasal pak sedara dia nak kahwin , dia suruh aku ponteng kelas hari Isnin , suruh bagi alasan emergency case. Majlis hari ahad. Tadi aku aku gi kelas , prof aku cakap Isnin depan ada test , markah 20 markah. Aku call la , cakap takleh balik kampung , ada test . Cakap sedih sebak kot. Sejak kitorang kahwin kitorang tak pernah berpisah kongsi satu selimut sama sama , kalau dia balik sorang sorang , 3 hari aku duk KL tanpa dia. Dia cakap ' nati nak cakap kat mak awak tak boleh ikut balik sekali '. Masa balik rumah tadi dia cakap ' awak kena balik ikut saya jugak , lepas majlis kita pecut balik KL biar sampai sebelum Subuh lagi ' . Ouh terharunya, itu ke tanda tandanya dia tak sanggup berpisah dengan aku dan nak kongsi satu selimut dengan aku lagi ? Haha .


Balik kelas tadi ada orang send mesej kat inbox. Laa, yeke ? Haha.


Salam sayang , aten.