Cik Atenn Azlan//

JEMPUT BACA TIPS MAKEUP PERNIAGAAN INTERNET PRODUK KOSMETIK




Noor Fathin Bt Azlan
Cik Atenn Azlan
24 tahun
Married
Kelantan
Universiti Malaya





















Ayam Buat Hidupku Jadi Hina

I'm really really sorry sayang.

Saya tak tahu.

Dan saya tak tahu kenapa saya jadi macam ni.

Ye , ayam awak tu memang sedap sangat. Tapiiii ,,,

Sorry banyak banyak.

Korang nak tahu kenapa ?

Semalam sebelum dia pergi kerja , dia ada tanya aku nak pesan apa apa tak . Ouh, suami aku memang suami paling best. Dia faham aku penat study 24 jam. Sebab dia pun pernah jugak jadi student. So dia faham la tahap malas nak buat kerja bila dalam musim final exam ni. Aku rasa semua orang faham. So, tolong faham perasaan aku untuk kali ini. 

Ok berbalik pada cerita suami aku seorang suami paling best ni, best dia tu best sangat. Setiap malam ade je dia buat surprise kat aku. Bawak balik makanan best best, makanan yang aku tak pernah makan. Memang musim final exam ni musim untuk aku membuncitkan perut la kan ? 

So pada malam tu nak dijadikan cerita , aku takde any idea nak makan ape , so aku order la pizza domino, dah alang alang suami kerja kat sana, apa salahnya sesekali dua kala bawak balik pizza untuk isteri tercinta.

Maka , seperti kebiasaan , aku tidur depan tv. Tak study tak ape. Penat kot. Bila suami takde kat rumah , ni la rutin harian aku , buat taik mata banyak banyak. Alaaa , nati suami dah balik , aku kena dengar dia bercerita , kena layan cerita mengarut dia, kena temankan dia tengok tv, kena manja manja dengan dia, eh macam macam lagi laa. Sampai bila tahap aku penat sangat layan karenah dia, aku sampai menangis melutut kat kaki dia sebab nak masuk tidur. 

Bangun tidur , layan cerita kejap. Ouh, suamiku encik sotong, suami dia laa, suami aku takde sampai jadi macam gituuu. Nak jadi sotong sangat ? Aku tumbuk tulang tulang dia sampai jadi lumat.

Maka , tibalah saat yang dinanti-nantikan, dah nak masuk pukul 11 malam dah. Ada lagi setengah jam. Ok. Checking rumah kejap. Tengok kalau kalau ada bersepah ke apa. Eh , tak boleh sepah sepah. Dia tak suka tauuu. Dia cakap rumahku syurgaku , so kalau dah syurga mesti nak kena kemas dan bersih. 

Alang alang syurga dah bersih dan kemas, pemaisuri syurga pun kenalah wangi dan cantik jugak . Mandi , mekap sepam dua , iron rambut kemas kemas, ingat nak buat rambut macam Fazura yang kepok-kepok tu , tapi tunggu la malam jumaat nanti. Ops. Pastu sembur la minyak wangi di zon yang kurang menyenangkan tuu.

Perut ni dah lapar sangat dah. 

Sayangggg , abang dah pulang buatkan cucur mudah saja tambah ayaqqq .........

Knockk ! Knockk !

Wahhhh , this is amazing baq ang , mitak pizza tapi dapat ayam dominosss. So cuwit sesangat.

Dia : Saya bawak balik ayam dominos , ni ada kerepok kerepok awak , kot la awak nak mengunyah time study.

Banyaknya makanan. Ada roti, ada air susu, ada kerepokk. Macam duk dalam syurga tuuuu.... Cakap sorang sorang.

Dia : Alaa, lupa nak beli ubat gigi pulak. 

Aku : Aaa ubat gigi dah abis. nampak sangat dia lagi alert . Jangan lupa minyak masak dan gula sekali. Saje menambah nak suh nampak aku punya alert pulak.

Jumpa nanti , jangan lama lama tau takut rindu. Haha.

Dan aku sedang study macam biasaa. Buat keluar buku, nota banyak banyak. Bersusun atas karpet depan tv. Eh , takleh tersusun sangat. Sepah sepahkan sikit, biar nampak real aku study. Tadi sebelum dia balik tak study pun , depan suami je lebih lebih buat study, buat buat betulkan urat mengeliat bagai. Bajet study la khennn. Biar dia menitik airmata bila tengok isteri dia rajin berusaha. Hoho.

Aku tenung je ayam dominos tu. Lama pulak tu aku tenung dia. Gila tak tenung. Tapi ayam tu macam lambai lambai kepak kat aku. Eh biar betul . Gosok gosok mata . Tadaaaa. TERPUKAUUUU.



Aku mengalah. Aku tergoda dan digoda. Aku makan seketul. Macam tak cukup je. Amik seketul lagi. Tak sendawa pun. Amik banyak banyak ketul. Eh dah tinggal seketul. Alaa perabiskan terus je.

Dia balik .

Aku : Aummm. Sedap laa ayam dominos , nanti bawak balik lagi tau.

Dia : Apaaaaa ? Abisssss ? 

Dia start membebel, buat muka kuciwa woo, dan mula mengarang ayat ayat kecewa plus patah hati double plus tengah tahan sabar nak maki aku kaw kaw. Suami yang baik tak boleh maki isteri. Ayat dipetik dari Ustaz Kazim Elias.

Aku cuak. Aku takut. Dia cakap aku pentingkan diri sendiri. Dan mana la aku tahu dia nak makan ayam tu jugak. Selama ni dia bawak balik pizza berkotak kotak , tak pernah pernah nak abis, dan dia tak pernah nak makan. Dan aku la satu satunya makhluk yang duk mencekik pizza pizza tu sume. Dan bila part ayam , aku dimarahi, aku diduakan , aku dipersalahkan sebegini rupa.

Dan ketika itu juga, cerita Istanbul Aku Datang sedang dimainkan di kaca tv , part Lisa Surihani makan megi Asam Laksa Beto.


Sebijik . Sah sebijik. Bergaduh pasal makanan. Tapi yang membezakan , lisa megi, aku ayam. Tapi kalau megi masak dengan ayam , pergh terangkat siot.

Dalam cerita drama tv nampak sweet la kan tengok Beto terkemut kemut tahan marah kat Lisa, yang aku ni pulak buat muka pasghah muka ghedaa kena marah. 

Dan aku lagi sendiri termenung di hadapan sinki. Merenung jauh dan mengenangkan sisa hidupku di hari hari bakal mendatang. Berdosakah aku seorang diri mencekik ayam yang berketul ketul tu dengan hanya meninggalkan tulang temulang ayam saje ?

Aku menekup mukaku dengan kedua belah tapak tanganku. Aku sedang mencari kekuatan. Aku lemah. Aku tidak berdaya. Aku jatuh tersungkur. Ayam . Oh ayam. Kau yang salah. Kenapa kau nak sedap plus lazat sangat ?

Mungkin aku lagi hina dari seekor ayam , mahupun seekor tapir atau seketul chipmunk.

Salam sayang ,
Ayam :'(