Cik Atenn Azlan//

JEMPUT BACA TIPS MAKEUP PERNIAGAAN INTERNET PRODUK KOSMETIK




Noor Fathin Bt Azlan
Cik Atenn Azlan
24 tahun
Married
Kelantan
Universiti Malaya





















Anniversary Idea From IKEA

Assalamualaikum.

Arini aku nak share sedikit sebanyak macam mana nak kasi anniversary day korang tu lebih grand, lebih wow dan lebih sukses. Perbelanjaan kos yang ditelan tak mencecah ribuan ringgit. Mungkin puluhan ringgit atau ratusan ringgit sekiranya korang terlajak demand nak buat itu ini. Dan untuk save budget la katakan, korang boleh shopping barangan dekat Ikea. Dah la takde GST. Memang terbaik la weh.

Tak dapat pergi? Jauh? Takde masa? Malas? Taknak beratur panjang? Taknak berebut parking? Taknak bersesak dengan orang ramai? 

GUNALAH PERKHIDMATAN SAYA! Boleh whatsapp 0149328322 (aten)

Ok, jom!

Untuk idea meja makan yang paling sweet dan romantik, korang perlukan item item ini sahaja, Tapi sebelum itu, cuci mata terlebih dahulu. Aku rasa bukan anniversary je perlu applykan idea ni, aku rasa bakal pengantin baru pon boleh diy sendiri untuk meja makan beradap, Jimat gila okeh. Tak perlu nak booking meja makan pengantin dah. Semua itu membazir dan sia-sia sahaja. 






LIST SHOPPING UNTUK MEJA MAKAN !

BLOMSTER Set 3 unit bekas lilin IKEA Boleh digunakan dengan lilin dalam bekas logam dan lilin kecil.

Bekas lilin ini berharga RM69 untuk 3 item bagi 1 set. 

BLOMSTER Set 3 unit bekas lilin IKEA Boleh digunakan dengan lilin dalam bekas logam dan lilin kecil.BLOMSTER Set 3 unit bekas lilin IKEA Boleh digunakan dengan lilin dalam bekas logam dan lilin kecil.
Tapi kalau korang rasa bendealah ni macam membazir duit sikit, dan taknak buat grand sangat, korang boleh cuba satu bekas lilin yang agak menjimatkan. Let me show u.

GLANSIG Bekas utk lilin kecil IKEA Boleh diguna untuk lilin kecil dan besar.
Bekas lilin (GLANSIG) berharga RM3.90/1. Cantik kan?

Tapi kalau korang rasa nak lagi jimatttttttt, nak lilin 1 set dengan bekas dia terus, korang boleh cuba beli lilin ni. Dia sekali dengan bekas tau. Aku suggest lilin wangi. Wangi sangat ! Aromanya romantik gilaaaaa !

SINNLIG Lilin wangi dalam gelas IKEA Apabila lilin habis terbakar, cawan boleh digunakan sebagai bekas lilin kecil.
SINNLIG Lilin wangi dalam gelas IKEA Apabila lilin habis terbakar, cawan boleh digunakan sebagai bekas lilin kecil.
Ada pelbagai warna dan pelbagai aroma. Korang boleh usha usha dekat laman web Ikea. Harga? RM5.90/1. Lilin nama dia SINNLIG okeh.

Ok. Kita usha lilin-lilin yang lain pulak. 

OFTA Lilin tanpa haruman IKEA Sebatian organik memastikan lilin tidak akan bengkok, walaupun di dalam bilik yang hangat atau cerah.
OFTA Lilin tanpa haruman IKEA Sebatian organik memastikan lilin tidak akan bengkok, walaupun di dalam bilik yang hangat atau cerah.
OFTA : RM12.90 ada 10 batang :)

GLIMMA Lilin tnpa hrmn dlm cawan logam IKEA
GLIMMA : RM24.90 ada 24 unit :)


SINNLIG Lilin kecil wangi IKEA
SINNLIG : lilin kecil berharga RM7.90 ada 30 unit. Yang ni korang boleh susun buat words 
I LOVE U!! Hehe

So, untuk lilin dan bekas lilin DONE! Kita try usha pasu dan bunga pulak. Ini untuk menyerikan lagi meja makan korang. Baru la acah acah so sweet gittew. Aku recommended harga yang murah dan berpatutan agar ia tidak lari dari landasan yang benar benar belaka iaitu jimat tetapi ada hati nak grand grand pulak. Hewhew.

TAJT Vas IKEA
TAJT Vas IKEA

TAJT : Harga RM6.90 (pasu)

SNÄRTIG Vas IKEA
SNARTIG : Harga RM3.90 (pasu)

REKTANGEL Vas IKEA
REKTANGEL : RM6.90 (pasu)
VASEN Vas IKEA
VASEN : RM6.50 (pasu)

BLADET Vas IKEA
BLADET : RM15.90 (pasu)

Ok. Kita usha bunga pulak. Hoho. Aku suka shopping, walaupun sekadar shopping listing je. Muahaha.
SMYCKA Bunga tiruan IKEA Bunga tiruan seakan hidup kekal segar dan indah tahun demi tahun.
Jom usha gelas pulak.


Gelas SVALKA harga RM4.90/1. 

REKO Gelas IKEA Boleh disusun bertingkat di dalam satu dengan yang lain untuk menjimatkan ruang di dalam kabinet bila tidak digunakan.
Gelas REKO harga RM3.90 ada 6 item. Yang ni boleh beli untuk kegunaan tetamu. Tapi kalau nak buat goodies untuk tetamu yang datang majlis pon boleh. Contohnya, korang letak apa apa dalam gelas tu. dan ikat dengan reben, then tampal sticker korang depan gelas tu. Nampak comel gilaa. Murah kot RM3.90 dapat 6 gelas. Kan?

FÄRGRIK Koleh IKEA
Koleh FARGRIK harga RM2.90 dengan pelbagai warna

Barangan kaca dan jag IKEA

Jar VANLIG harga RM8.90

KORKEN Botol dengan penyumbat IKEA
Botol jus KORKEN harga RM5.90. Aku dah beli, tapi aku jadikan dia sebagai botol minyak masak. Awesome gilaaa. Hehe.

ÖNSKEDRÖM Alas gelas IKEA
Alas gelas ONSKERDOM harga RM3.90 ada 10 unit. Comel gilaaa. Aku memang suka la benda benda comel gini. Sesuai la kot dengan orang yang perasan comel macam aku ni haa. Haha.


Sekarang ni kita pakat usha set pinggan mangkuk pulak. Jom :)

Perkakas makan malam IKEA

Awesome kan? Aummm,

FÄRGRIK Set sajian 18 keping IKEA
FÄRGRIK Set sajian 18 keping IKEA
FÄRGRIK Set sajian 18 keping IKEA
FÄRGRIK Set sajian 18 keping IKEA
1 set:  pinggan  piring sisi dan mangkuk  ada 6 unit setiap satu. Sebahagian daripada set juga dijual sekeping-sekeping. Set pinggan mangkuk ni bernama FARGRIK harga RM119.


Meh usha set pinggan mangkuk Ikea kat sini ----> PINGGAN MANGKUK

Kutleri IKEA

Set Kutleri berharga RM89 ada 24 item semuanya. Nampak mewah dan grand gila.

Peralatan hidangan IKEA

KVITTERA bekas hidangan tiga tingkat berharga RM59 sahaja. Ni memang comel gila kalau letak cupcake atas ni. Aku boleh bayangkan bagaimana superbnya majlis anniversary day aku dengan dia nanti. Wuhuu. 

AKTAD Bekas penghidang IKEA Setiap sangga hidangan ditiup dengan mulut oleh tukang yang mahir.
Bekas penghidang AKTAD berharga RM59


AKTAD Bekas penghidang berpenutup IKEA Setiap sangga hidangan ditiup dengan mulut oleh tukang yang mahir.
AKTAD Bekas penghidang berpenutup IKEA Setiap sangga hidangan ditiup dengan mulut oleh tukang yang mahir.
Bekas penghidang penutup AKTAD berharga RM49.90

TRYGG Mangkuk hidangan IKEA
Mangkuk TRYGG berharga RM4.90

GOTTIS Mangkuk hidangan IKEA Setiap mangkuk ditiup dengan menggunakan mulut oleh tukang kraf berkemahiran.
Mangkuk hidangan GOTTIS berharga RM34.90

Napkin IKEA

Tisu FANTASTISK harga RM11.90 ada 50 keping

Usha tisu di sini ---> NAPKIN


Tekstil ruang makan dan lapik pinggan IKEA

Alas pinggan ORDENTLIG harga RM9.90

MÄRIT Selendang meja IKEA Warna dikekalkan selepas cucian demi cucian terima kasih kepada kapas yarn celup.
MÄRIT Selendang meja IKEA Warna dikekalkan selepas cucian demi cucian terima kasih kepada kapas yarn celup.
Alas meja MARIT ada pelbagai warna berharga RM13.90

Dan korang perlu beli ni untuk memeriahkan lagi suasana majlis korang dengan frame yang terlajak femes nih, 


TOLSBY Bingkai utk 2 gambar IKEA Mempamerkan satu gambar pada setiap sisi. Mudah untuk menukar gambar; tarik keluar panel depan dan masukkan gambar.
Frame TOLSBY yang berharga RM2.90/1

Walaupun anniversary day aku lambat lagi, ada lagi berbaki dalam 60 hari rasanya. Dari minggu lepas lagi aku dah buat list nak masak apa untuk aku dengan dia, nak masak apa untuk tetamu yang datang. Tetamu tu mungkin terdiri dari member-member dia, sedara mara aku yang mana ada dekat kl ni dan kawan-kawan aku. Nak ajak orang makan kat rumah kita ni kena ada persiapan rapi. Aku tak suka buat benda yang aku teruja nak buat dalam masa last minute kecuali esaimen. Entah la, aku tak pernah teruja dapat esaimen. Korang teruja ke? 

Ekceli la kan, banyak lagi barang yang korang boleh beli, cuma aku suggest yang cantik dan murah murah je, Eh kata nak yang murah lagi nak menjimatkan ke tadi? Hoho. Kat Ikea ni sebenarnya dia ada harga yang murah, ada yang harga berpatutan, ada harga yang mahal mahal. So, semuanya terletak di atas nafsu korang masing masing. Yang penting semuanya awesome gilakkkk. 

Dan sebab tu jugak la aku kerja kat Ikea, sebab dulu tiap minggu aku shopping kat Ikea dan disebabkan aku ni taksub dan obses sangat dengan Ikea, maka aku apply la kerja kat Ikea, tak dapat beli pun takpe, asalkan hari hari kaki aku jejak kat Ikea. Dapat pegang barang yang aku nak beli pon dah terubat rindu, takdelah gila bayang sangat. Dan hari gaji aku pon dah makin dekat, sekarang ni pun aku dah duk usha langsir, karpet dengan sofa bagai. Siap terlebih budget lagi nak beli poster dengan frame Ikea yang besar gedabak nak tampal belakang sofa. Memang ohsem gila la. Maka memang benarlah aku ni, cari duit kat Ikea dan perabis duit pon kat Ikea.

Tapi suami aku yang aku selalu bahasakan DIA tu tak bagi aku beli barang rumah, dia suruh aku simpan duit sama sama untuk beli rumah. Katanya taknak menyewa sebab rasa membazir gila bayar sewa rumah mahal mahal, tapi rumah ni bukan dia dengan aku yang punya pun. Betul jugak. Padahal sebenarnya dia nak share duit dengan aku nak beli Vespa. Alaa, terus terang jela. Tiap malam aku tengok dia duk usha hashtag #vespa dekat instagram. Hahaha.

Ok. Nantikan entry aku macamana nak buat goodies majlis kahwin paling ohsem dengan barangan Ikea ni. Yang pasti murah dan menjimatkan.

Salam sayang, aten :)