Cik Atenn Azlan//

JEMPUT BACA TIPS MAKEUP PERNIAGAAN INTERNET PRODUK KOSMETIK




Noor Fathin Bt Azlan
Cik Atenn Azlan
24 tahun
Married
Kelantan
Universiti Malaya





















DIY Candy Buffet (Projek Kahwin)


Comel kan?

Aku rasa semua orang berhajatkan candy buffet untuk majlis masing-masing. Tetapi apakan daya barang-barang yang diperlukan untuk siapkan satu candy buffet ini kadang-kadang terlampau mahal dan melebihi dari bajet sebenar. Nak tak nak kita terpaksa batalkan hasrat untuk adakan satu candy buffet untuk majlis terindah kita.

Simpati kan?

Tetapi, sekarang korang tidak perlu risau lagi. Aku ada berita gembira! Aku ada satu cara untuk diy-kan candy buffet sendiri. Dan korang dah tidak payah nak menempah perkhidmatan candy buffet dengan orang lain lagi. Ajak famili dan kawan-kawan bergotong-royong merealisasikan impian korang ini.

Di bawah ini aku akan tunjuk 8 step untuk create your perfect DIY candy buffet.

♥ Tentukan bajet

♥ Warna atau tema

♥ Pemilihan gula-gula (candy)

♥ Label gula-gula

♥ Pasu dan balang gula-gula

♥ Scoops atau sudu gula-gula

♥ Favor bags atau boxes

 Hiasan meja


1) Tentukan bajet

Ianya penting untuk memikirkan dan menentukan jumlah wang yang korang perlu ada untuk perbelanjaan sebelum korang memulakan kerja-kerja candy buffet. Tetapkan bajet yang korang ingin keluarkan. Jikalau bajet korang sebanyak RM400, maka korang perlu tentukan barang-barang yang perlu dibeli atau tidak perlu dibeli.

2) Warna atau Tema

Korang perlu menentukan warna dan tema untuk disesuaikan dengan majlis korang. Jika ianya candy buffet untuk majlis hari jadi anak-anak, mungkin yang sesuai adalah warna yang ceria dan colourful. Jika ianya majlis birthday untuk anak lelaki, pemilihan warna adalah warna biru dan tema adalah superhero kegemaran mereka. Begiu juga dengan majlis birthday untuk anak perempuan, warna yang sering menjadi kegilaan mereka adalah warna merah jambu dan tema mereka adalah 'ala-ala princess'.





3) Pemilihan Gula-Gula

  • Chocolate


  • Rock Candy


  • Lollipop



  • Candy Sticks

  • Gummy Candy


  • Bubble Gums

  • Cupcakes

  • Cake Pop



Klik link ini untuk DIY Cake Pop
  • Marshmallow


Klik link ini untuk DIY Marshmallow


4) Label

Label untuk balang dan pasu candy bagi aku sememangnya agak penting untuk menaikkan lagi seri candy buffet korang. Label korang pula perlu menepati tema korang. Tuliskan label untuk setiap nama menu candy buffet korang. 





5) Pasu dan Balang Gula-Gula

Pasu dan balang gula-gula memang agak mahal sedikit. Tetapi jangan risau, korang boleh survey pasu dan balang di kedai-kedai yang murah seperti kedai RM2 atau di Ikea misalnya. Ikea banyak menjual pasu bunga dan balang kaca dengan harga yang berpatutan. Untuk cupcake, cake pop, marshmallow dan cake, korang boleh menggunakan pinggan mangkuk yang rata sahaja





Balang ini ada dijual di Ikea RM4.90/4 pcs


Ada dijual di Ikea


Ada jual di Ikea dengan harga RM5.90/1


6) Scoop Gula-Gula




7) Favor Bags and Boxes






8) Hiasan Meja

  • Alas meja - berwarna plain atau warna mengikut tema. Bercorak plain atau stripes, polkadots dan sebagainya.
  • Backdrop - poster, garland, flag, hiasan lain dan belon










DO IT YOURSELF!

Semoga berjaya!