Cik Atenn Azlan//

JEMPUT BACA TIPS MAKEUP PERNIAGAAN INTERNET PRODUK KOSMETIK




Noor Fathin Bt Azlan
Cik Atenn Azlan
24 tahun
Married
Kelantan
Universiti Malaya





















DIY Photo Booth (Projek Kahwin)

Assalamualaikum

Mungkin ada orang tertanya-tanya kenapa entry aku kali ini banyak menulis tentang diy untuk projek kahwin. Kan kan kan? Sebabnya aku nak membantu bride to be di luar sana untuk jimatkan kos dari segi kewangan. Itu sahaja. Dan aku mahu berkongsi sedikit idea-idea yang aku rasa agak bernas untuk kita semua! 

Entry aku kali ni, aku nak tunjukkan sedikit sebanyak untuk idea dan diy photo booth kita sendiri. So, kita dah takyah nak tempah photo booth dengan orang lain lagi. Ini bukan bermakna aku nak caras perniagaan orang. Aku tahu ada orang kaya raya yang mampu nak tempah photo booth ni semua. Dan aku tahu orang kaya raya ni memang takde masa nak buat kerja diy sebab mereka ini adalah orang-orang yang  sangat super-busy. So, kebanyakan mereka akan mengupah orang lain untuk menyiapkan photo booth bagi majlis mereka. Ini bermakna tiada istilah caras-mencaras.

Jadi, kepada kita iaitu orang yang tidak mampu atau berfikir dua tiga kali untuk menempah photo booth, aku rasa entry kali ini akan membantu kita semua. Maka, sila bertepuk tangan belaka dan say yeayyyy. Ceh! Tapi tapi tapi, untuk melakukan kerja diy ini kita semua kena TERSANGAT rajin tau. Jangan bermalas-malasan untuk diy-kan apa saja bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan kita. So, ini masanya untuk kita merealisasikan majlis kahwin yang kita impikan selama ini. So, jom kita pakat laung do it yourself!


Barang-barang yang diperlukan untuk backdrops adalah:
  • Backdrop stand (optional)
  • Backdops (kertas, fabrik, tirai, payung, belon etc)
  • Tape
  • Tukul dan paku
  • Stapler
  • Benang dan jarum
Elemen penting untuk merealisasikan photo booth:
  • Backdrop
  • Props
  • Setup

1) Backdrop

Backrop adalah elemen paling penting untuk photo booth. Mengapa kita perlu meminta khidmat orang untuk photo booth? Padahal kita sendiri boleh tunjukkan skills dan kreativiti yang kita ada. Terdapat bermacam jenis backdrop yang boleh dilakukan dengan sendiri. Contohnya seperti backdrop kipas tangan, paper garland, belon, bunga pom-pom, bunting, bunga, fabrik dan sebagainya.
















2) Props


Props ni paling senang nak create. Korang hanya perlu tulis kata-kata di Microsoft Word dengan memilih background berwarna hitam dan tulisan berwarna putih. Cari tulisan yang cantik-cantik. Tulis apa saja yang korang nak tulis seperti 'Saya Dah Kahwin, Jangan Tanya Bila Nak Beranak' atau 'Korang Bila Nak Kahwin Macam Aku?'. Haha. Dan kemudian korang print out. Sesudah print, korang guntinglah mengikut kreativiti korang sendiri. Siap! Sangat jimat.



P/S : Jika korang tiada kesempatan untuk create sendiri props, korang boleh pm aten di whatsapp 0149328322 untuk dapatkan softcopy props yang comel-comel. Terima kasih.

3) Setup

Akhir sekali, hiaskan meja untuk props korang secomel mungkin. Letakkan sedikit hiasan seperti chalkboard, frame gambar dengan gambar bertulisan 'PHOTO BOOTH', 'GRAB A PROPS AND STRIKE POSE' atau 'SELFIE HERE', pasu dan bunga, gambar kenangan korang dan sebagainya. Kebiasaannya hiasan mengikut berdasarkan tema yang korang pilih samada rustic, modern, sweet dan sebagainya. 




Semoga berjaya!