Cik Atenn Azlan//

JEMPUT BACA TIPS MAKEUP PERNIAGAAN INTERNET PRODUK KOSMETIK




Noor Fathin Bt Azlan
Cik Atenn Azlan
24 tahun
Married
Kelantan
Universiti Malaya





















Trend Warna Tema Perkahwinan Tahun 2015 (Projek Kahwin)

Assalamualaikum dan hai,

Korang tidak tahu untuk memilih tema warna untuk majlis perkahwinan korang? Jangan risau di sini Aten akan tunjukkan 10 trend tema warna bagi perkahwinan tahun 2015. Bosankan asyik memilih tema warna yang hampir sama dengan semua orang lain?

Ok. Bila kita menyebut tentang tema warna sebetulnya kita akan memikirkan warna pakaian untuk pengantin terlebih dahulu, betul tak? Sebenarnya jika dilihat pada trend orang putih, mereka lebih gemar mengenakan busana berwarna putih dan pengantin lelaki pula mengenakan sut. Ini kerana warna putih merujuk kepada sesebuah hubungan atau cinta yang suci.

Mereka ini lebih gemar memilih satu warna utama dan lain-lain warna untuk warna tambahan. Contohnya, warna utama mereka adalah celestial blue, dan warna tambahan yang lain seperti putih, coral, peach dan warna yang lebih lembut supaya warna utama yang dipilih lebih menyerlah. Dan korang jangan memilih dua atau tiga warna yang agresif dalam satu satu majlis, ianya nampak lebih serabut mata yang memandang.

Bagi mereka tema warna adalah untuk pengapit, keluarga, saudara dan kawan-kawan. Dan warna tema juga untuk hiasan-hiasan majlis perkahwinan mereka seperti bunga tangan, kek, hiasan pelamin, hiasan meja makan, hiasan photo booth, hiasan candy buffet dan sebagainya. Untuk gabungan warna yang lebih selamat, pilihlah warna putih.

Selamat menjamu mata!

1) CELESTIAL BLUE






2) WATERMELON PINK






3) SOFT LEMON






4) VIBRANT TURQUOISE






5) PEARL






6) BLOSSOM





7) PISTACHIO







8) LEAF GREEN

Tema warna leaf green ni mungkin sesuai buat di taman atau outdoor dan untuk jenis style rustic. Nampak fresh sangat. Decoration pun banyak menggunakan tanaman segar seperti rumput dan tumbuh-tumbuhan yang hijau. 






9) ORCHID TINT







10) CARAMEL








Tema warna dan tema perkahwinan adalah dua perkara yang berbeza. Tema perkahwinan adalah tema bagi sesebuah majlis, contohnya seperti tema inggeris, tema dalam taman, tema klasik dan sebagainya. Manakala bagi warna pula, tema warna adalah tema yang fokus utamanya adalah pada warna sesebuah majlis. Contoh permainan warna yang cuba ditonjolkan dalam sesebuah perkahwinan. Kini, pemilihan dua warna adalah antara warna yang popular dan mendapat sambutan bakal pengantin. Antara warna yang menjadi pilihan masyarakat Melayu di Malaysia adalah 'baby pink dan baby blue' campuran dua warna lembut untuk memikat hati tetamu yang hadir, warna lain adalah 'silver' dan merah, untuk tampak lebih 'classy'.

Padanan tema warna yang sesuai akan membuatkan tetamu sendiri tertarik dengan majlis tersebut. Lagi manis dan mendapat perhatian tetamu apabila warna tersebut diaplikasikan dalam busana pengantin. Ohhhhh cantiknya!

Ada juga antara mereka, seperti tetamu dan keluarga yang merasakan tema ini merepek dan tidak patut dilakukan. Mungkin kerana permintaan pihak pengantin terlalu mustahil untuk dikotakan. Tapi, apalah salahnya kita beri peluang kepada bakal raja sehari ni untuk seragamkan hari bahagia mereka dengan warna tema yang mereka mahukan. Jika anda mempunyai bajet lebih, apa kata sponsor warna/kain untuk ahli keluarga yang lain? Tetapi, jika itu sesuatu pembaziran, simpan sahaja. Kira dahulu bajet anda dengan betul, jangan dibelanjakan pada benda yang tidak penting. Selalu utamakan apa yang perlu.

SEMOGA BERMANFAAT!