Cik Atenn Azlan//

JEMPUT BACA TIPS MAKEUP PERNIAGAAN INTERNET PRODUK KOSMETIK




Noor Fathin Bt Azlan
Cik Atenn Azlan
24 tahun
Married
Kelantan
Universiti Malaya





















RESEPI MEE CELUP *Aten


Walaupun ini 'secret recipe' bihun celup yang aten duk cuba patratuslimapuluhnamkali barulah nak menjadi, tapi disebabkan ada kawan duk mitak resepi, rasa macam tak sampai hati pula tak berkongsi (baik hati gituu haha). Biasanya aten main campak-campak ikut rasa sesuka hati je. Tapi nevermind, harap percubaan anda menjadi.

Bahan-bahan
Daging, ayam, fishball..
Bawang putih - 3/4 (takyah hiris)
Bawang besar - 1 ( potong dua)
Serai - 3 btg (ambil yg hujung putih)
Lengkuas - 4/5 hiris
Daun pandan - 2 helai (ikat)
Pokok ketumbar - 4 (batang dan akar)
Bunga lawang - 2/3
Kayu manis - 1
Jintan putih - 1 sudu
Lada putih - 1 sudu
Kicap manis - 1/2 sudu besar
Kicap masin - 1/2 sudu besar
Sos ikan - 1/2 sudu besar
Gula batu - 30 gram
Cuka - sedikit (rasa)
Ajinomoto - lebih (banyak dan secukup rasa)
Garam - secukup rasa

After rebus daging hingga empuk, masukkan bahan-bahan bermula dari bawang putih hingga garam (satu per satu)

Nanti cuba rasa sendiri.

Bahan penambah..
Limau kasturi/limau nipis
Serbuk cili
Lobak masin
kangkung - celur
Daun selasih - celur (cara org siam)
Taugeh - celur
Kacang tumbuk
Bawang goreng
Cili jeruk *optional
Cili cuka

Cara buat cili cuka:
Blender cuka dan cili merah sekali. Dan letakkan di dalam peti selama sejam.

Cara buat cili serbuk:
Blender kering : cili kering, udang kering, gula dan sedikit garam.

Cara buat cili jeruk:
Rendam cili hijau besar dalam air kapur sekejap (utk rapuh), dan bilas. Hiris bulat. Panaskan cuka 1 cawan, 1 sudu kecil garam dan gula dlm suhu rendah. Jgn sampai mendidih. Masukkan 1 cawan air. Biarkan sejuk seketika dan masukkan cili yg telah dihiris. kemudian perapkan selama 3-4 jam.