Cik Atenn Azlan//

JEMPUT BACA TIPS MAKEUP PERNIAGAAN INTERNET PRODUK KOSMETIK




Noor Fathin Bt Azlan
Cik Atenn Azlan
24 tahun
Married
Kelantan
Universiti Malaya





















TEKNIK CLOSE SALE BY THE BEAUTY HACKS

Post iklan, pastu ada komen 'pm'. Walaupun prospek belum decide untuk membeli, tapi bahagianya rasa macam dah ada payment masuk dalam akaun kan?

Tiap kali orang suruh pm, awak pm dia dengan harapan dia akan membeli dengan awak. Tapi pm awak tak berbalas. Sehari, dua hari, 3 hari dan hari-hari seterusnya tidak berbalas.

Lagi frust bila ramai prospek yang suruh pm, tapi yang sudi membayar untuk produk kita hanya seorang. Hal ini kerana awak tidak menggunakan teknik yang betul.

👇Teknik close sale yang telah saya cedok daripada founder The Beauty Hacks, Noor Fathin Azlan.

✅ UCAP TERIMA KASIH
Contohnya: Salam awak. Terima kasih berminat dengan produk The Beauty Hacks untuk merawat masalah kulit awak.

✅ PERKENALKAN DIRI
Contohnya: Saya kakB, ejen TBH Kubang Kerian.

✅ TANYA MASALAH PROSPEK
Penting untuk kita tahu apa masalah yang dihadapi prospek supaya kita dapat tawarkan produk yang dapat menyelesaikan masalah mereka.

Contohnya: Boleh saya  tahu masalah kulit yang dihadapi awak? Bukan apa, saya  takut produk ni tak sesuai dengan kulit awak jer.

Secara tak langsung kita dah bina trust dengan mengambil berat tentang masalah mereka.

✅ SELESAIKAN MASALAH PROSPEK
Cadangkan produk yang sesuai dengan masalah yang dihadapi prospek.

Kalau mereka ada masalah jerawat, cadangkan sabun kunyit. Kalau kulit kering, cadangkan sabun beras.

✅ CERITAKAN KANDUNGAN DAN KEBAIKAN PRODUK
Mengetahui kandungan dan kebaikan produk sangat penting supaya prospek yakin dengan kita.

Bila kita tahu kandungan dan kelebihan setiap produk yang kita jual maka kita bukan hanya seorang penjual tapi juga seorang penasihat kepada mereka.

✅ SPAM TESTIMONI
Spam beberapa keping gambar testimoni pelanggan yang dah guna produk kita kepada prospek supaya mereka bertambah yakin dengan produk yang kita jual.

Prospek akan lebih teruja untuk menggunakan produk setelah melihat testimoni-testimoni yang telah berjaya.

JANGAN BUAT FAKE TESTIMONI!

✅ HARGA
Akhir sekali prospek akan tanyakan harga produk. Setelah ceritakan kebaikan dan kelebihan produk boleh la kita bagitau harga.

Seller selalu buat silap dengan terus nyatakan harga tanpa memaklumkan pada prospek tentang kebaikan dan kelebihan produk yang dijual.

Contohnya situasi 1:
Salam sis. Harga sabun kunyit RM13 sahaja.

*RM13 hanya untuk seketul sabun. Mahal kan?

Situasi 2:
Salam sis. Sabun kunyit dapat mengecutkan jerawat, mencerahkan kulit, memudarkan parut dan merawat masalah kulit berminyak. RM13 sahaja sis.

*RM13 untuk menghilangkan jerawat, mencerahkan kulit dan merawat masalah kulit berminyak. Murah gilerr kan?

Haaa... Nampak tak perbezaannya?

✅ CLOSE SALE!
Prospek setuju untuk membeli. Jangan lupa untuk tawarkan freegift supaya prospek buat pembayaran dengan cepat.

Contohnnya, "Kalau awak buat pembayaran dalam masa 24 jam, awak akan dapat hadiah istimewa daripada saya"

Tips tambahan:
🌈Jadikan prospek sahabat kita supaya lebih selesa untuk berkomunikasi
🌈Buat lawak jenaka supaya prospek rasa dekat dengan kita.
🌈Panjatkan kesyukuran pada Allah sebab dah gerakkan hati mereka untuk pm kita.
🌈Sedekahkan alfatihah untuk mereka.
🌈Belanja emoji2 comel untuk mereka.

Anak didik Atenn,
kakB - Rabiatul.